Kelas Membuat Pamplet Restoran Makanan

14 November 2021 | Aktiviti Terkini

13 November 2021 – Pada minggu ini, PI Linggi telah dikunjungi oleh Muhammad Azim Aiman bin Mohd Sabberi untuk mempelajari cara membuat pamplet untuk restoran makanan ibunya. Muhammad Azim telah diberikan tutorial selama 1 jam dan perisian yang digunakan ialah Microsoft Word.

Antara topik yang diajar ialah cara menukar font bagi menampakkan rekaan pamplet cantik dan sesuai dengan tema restoran makanan dan juga cara-cara menukar gambar bagi menambahkan keceriaan di pamplet beliau.

Selain itu, PIK Linggi juga membantu beliau dalam menyediakan senarai menu makanan untuk pamplet tersebut. Setiap senarai itu perlu diletakkan mengikut kategori makanan dan minuman bagi memudahkan pelanggan memilih makanan.

Pada akhir tutorial ini, PIK Linggi juga telah memberikan cadangan rekaan logo bagi restoran ibu beliau dari segi pemilihan warna dan vektor yang sesuai untuk rekaan logo.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali