Personal Class Abdullah – Permohonan Lesen LKTN

8 November 2023 | Aktiviti Terkini

7 November 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas personal untuk peserta yang bernama Abdullah bagi membuat permohonan untuk lesen LKTN (Lembaga Kenaf & Tembakau Negara) untuk membolehkan beliau menjual rokok di kedai runcit miliknya.

Sebelum ini, peserta hanya berurusan di kaunter pejabat LKTN yang berdekatan dan bermula pada tahun ini segala lesen LKTN perlu membuat secara online. Petugas telah mengajar peserta cara membuat permohonan untuk lesen LKTN di dalam website pelesenan.lktn.gov.my. Kelas telah bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi selama 1 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali