Program ICT Bersama Pelatih PPDK (Minggu 1)

08 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

7 Ogos 2018 – PI Linggi telah merangka pelbagai program yang menarik sepanjang bulan Ogos ini, antaranya ialah Program ICT Bersama Pelatih PPDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) Cawangan Pengkalan Durian. Program ini akan diadakan pada setiap hari Selasa dari jam 10 pagi hingga ke 12 tengahari. Untuk kelas minggu ini, Puan Yusaini Md Yusof sebagai tenaga pengajar telah memperuntukkan 1 jam untuk mempelajari Asas ICT di mana pelajar diterangkan serba sedikit mengenai internet dan youtube.

Pelatih PPDK ini adalah terdiri dari mereka yang golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Maka dengan itu, melalui youtube mereka di ajar untuk mempelajari cara penjagaan diri dan kesihatan. Bagi menarik minat mereka, kelas diselitkan dengan sesi menyanyi beramai-ramai lagu Rasa Sayang dan Kalau Gembira Tepuk Tangan. Bagi 1 jam yang berikutnya, peserta diajar mengenai multimedia iaitu mengenal gambar sayur-sayuran dan buah-buahan. Kelas akan diteruskan lagi pada hari dan waktu yang sama minggu hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali