Kelas Permainan Matematik Online

19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

18 Ogos 2023 – PEDi Linggi telah membuat kelas iaitu Kelas Permainan Matematik Online kepada 2 orang peserta sekolah rendah. Petugas memperkenalkan aplikasi permainan matematik online iaitu wordwall.net kepada peserta dan mengajar peserta dengan aktiviti mengira, mengenal nombor. Dari situ, pelajar dapat mempelajari konsep matematik dengan kaedah yang lebih mudah dan menyeronokkan. Meningkatkan keyakinan diri melalui ilmu dan pengetahuan di dalam permainan matematik online. Kelas ini telah bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 selama 2 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali