Kelas Pengenalan Komputer & Microsoft Word

17 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

16 Ogos 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas ICT yang bertajuk Kelas Pengenalan Komputer (Laptop) dan Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan komputer dan cara menggunakannya kepada kanak-kanak, di mana kebelakangan ini kanak-kanak lebih cenderung menggunakan telefon pintar yang bersifat skrin sentuh, sedangkan pengunaan komputer desktop atau laptop memerlukan banyak pergerakan tangan dalam penggunaan keyboard dan tetikus.

Ini boleh membantu melatih kemahiran motor halus melalui pergerakan jari jemari mereka. Selain itu, mereka mempelajari cara menggunakan Microsoft Word untuk mereka menaip karangan pendek mereka perhal Hari Kemerdekaan yang bertajuk ‘Usaha Memupuk Semangat Perpaduan’. Kelas ini telah bermula pada pukul 2 petang hingga 3 petang selama 1 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali