Personal Class Rosmina – Pendaftaran dan Pembaharuan SSM di Ezbiz Online

3 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

2 Mac 2024 – PEDi Linggi telah mengadakan personal class untuk Rosmina mengenai cara membuat pendaftaran akaun Ezbiz Online serta pembaharuan SSM.

Peserta adalah merupakan usahawan peniaga makanan dan minuman. Sebelum ini, peserta hanya berurusan di kaunter SSM berdekatan di tempatnya dan buat pertama kali peserta datang ke PEDi Linggi untuk membuat pembaharuan SSM secara online.

Peserta diperkenalkan dengan laman web ezbiz online khas untuk SSM. Selain daripada itu, peserta diajar cara untuk memuatnaik dokumen lesen SSM setelah diperbaharui.

Terima kasih buat peserta di atas kehadiran kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali