Kelas eLearning TVOKids

31 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

30 Julai 2023 – Kelas eLearning TVOKids telah diadakan di PEDi Linggi dan dihadiri oleh 3 orang peserta yang berusia antara 6 hingga 12 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara belajar yang menyeronokkan berkonsepkan permainan secara online.

Melalui laman web www.tvokids.com mereka didedahkan dengan pelbagai jenis permainan mengikut subjek dan umur. Tenaga pengajar iaitu Pengurus PEDi Linggi mengutamakan subjek matematik dan Bahasa inggeris di dalam kelas ini. Kelas ini berlansung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali