Kelas Kufi Khat Ms Excel Semarak Jawi

26 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

25 Oktober 2019 – PI Linggi dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian telah menganjurkan Kelas Kufi Khat Ms Excel Semarak Jawi. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dunia ICT dikalangan murid-murid sekolah rendah. Di dalam kelas ini, para peserta akan diajar cara-cara menggunakan Microsoft Excel untuk menghasilkan tulisan khat kufi. Kelas dijalankan selama 1 jam 30 minit.

Melalui kelas ini, ianya dapat memberikan idea kepada para peserta bahawa Microsoft Excel bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat kerja menaip mahupun mengira sahaja, kita juga boleh menggunakannya untuk membuat hasil seni. Sedikit penerangan mengenai cara-cara penggunaan Microsoft Excel diberikan sebelum para peserta menghasilkan kufi khat. Penyertaan pada kali ini seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah. Setelah kelas khat kufi berakhir, diadakan sesi fotografi bersama para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali