Personal Class Piriya – Kelas Pendedahan Asas Microsoft Word

5 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

4 Oktober 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas personal untuk peserta bernama Piriya. Kelas ICT yang bertajuk Kelas Pendedahan Asas Microsoft Word. Kelas telah bermula pada pukul 3.00 petang. Peserta adalah seorang suri rumah dan masih tidak mahir menggunakan komputer juga aplikasi yang ada di dalam komputer. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan komputer kepada peserta dan cara menggunakan Microsoft Word juga fungsi yang ada di dalamnya.

Petugas memberi sedikit tugasan kepada peserta untuk memuat naik gambar untuk diletakkan di dalam Microsoft Word dan susun atur supaya susunannya cantik. Kelas telah berakhir pada pukul 4.00 petang selama 1 jam. Terima kasih kerana memberi kepercayaan petugas PEDi untuk mengajar kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali