Pengiklanan di Mudah.my

24 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

23 Oktober 2023 – Puan Rabiyah Mahadi adalah merupakan seorang pengusaha Homestay, Kontraktor Binaan dan Ejen Hartanah. Jadi beliau selalu datang ke PEDi Linggi untuk belajar pelbagai perkara seperti membuat dokumen perniagaan dan pengiklanan. Kali ini beliau datang untuk meminta tunjuk ajar cara mengiklankan tanah jualannya di platform Mudah.my. Beliau diajar oleh Pengurus PEDi Linggi tentang cara memasukkan iklan tersebut.

Sebelum mula mengiklan, beliau diajar cara mendaftar akaun PRO Niaga di platform tersebut. Selain itu beliau diajar cara membeli kredit, jenis-jenis iklan, cara-cara mempromosi, cara menguruskan iklan yang sudah diterbitkan dan cara membalas mesej pelanggan melalui platform. Puan Rabiyah turut meminta tunjuk ajar tentang cara menaip surat perjanjian menggunakan Microsoft Word. Kelas selama 3 jam ini tamat pada pukul 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali