Misi Digital Raya bersama eKelas – Perlaksanaan Misi 2 (Hiasan)

26 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

25 Mei 2019 – Sempena dengan penangguhan perlaksanaan Misi Digital Raya Bersama eKelas – Misi 3 (Menghias PI bertemakan Hari Raya) pada minggu lepas, maka pada minggu ini, beberapa orang pelajar telah datang untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Walaupun kehadiran hanya seramai 5 orang sahaja, namun begitu tugasan tersebut berjaya disiapkan sebelum tarikh tutup. Kelima-lima pelajar tersebut bersama-sama dengan petugas PI Linggi mengambil masa hampir 5 jam untuk menyudahkan misi yang diberi.

Pihak pengurusan PI Linggi amat berterima kasih dan mengucapkan syabas kepada mereka atas sifat tanggungjawab dan kerjasama yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali