Program Pemerkasaan Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024

25 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

24 Februari 2024 – PEDi Linggi telah terlibat dengan Program Pemerkasaan Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 pada 21 Februari 2024 hingga 23 Februari 2024 (Rabu hingga Jumaat) selama 3 hari 2 malam di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada petugas PEDi di Negeri Sembilan terhadap pemerkasaan komuniti melalui penganjuran program dengan memperkasa pengetahuan dan kemahiran bagi membantu komuniti dalam meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan serta memantapkan pembangunan modal insan.

Seramai 51 petugas PEDi Negeri Sembilan yang telah hadir dan program ini dirasmikan oleh YBrs Tuan Ts Md Tahir Musa, Pengarah Negeri MCMC Negeri Sembilan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali