Personal Class Jana – Penyediaan Profil Syarikat & Maklumat Perniagaan

10 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

7 Disember 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas personal untuk peserta yang bernama Janagarajen bagi membuat penyediaan profil syarikat dan juga maklumat perniagaan. Peserta merupakan usahawan perniagaan bagi kerja-kerja pembersihan dari segi pembersihan hotel, kolam renang, pembersihan rumah dan lain-lain yang berkaitan.

Petugas PEDi telah membantu peserta dengan membuat penyediaan profil syarikat yang lebih mudah dan menarik dengan menggunakan aplikasi Canva serta memberikan penerangan perihal maklumat perniagaan yang perlu dimasukkan ke dalam profil syarikat.

Kelas bermula pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang selama 1 jam setengah. Terima kasih buat peserta yang hadir ke PEDi Linggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali