Personal Class Syamira – Kelas Resume Menggunakan Aplikasi Canva

3 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

2 Oktober 2023 – PEDi Linggi telah membuat personal class untuk Syamira iaitu Kelas Resume Menggunakan Aplikasi Canva pada pukul 2.00 petang. Petugas PEDi telah membimbing peserta cara membuat resume dan beberapa tips membuat resume menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini adalah merupakan satu langkah persediaan awal bagi peserta memohon pekerjaan yang sebaik mungkin.

Dari situ, peserta dapat mahirkan diri dengan menggunakan aplikasi Canva untuk membuat resume dengan mudah, pantas dan juga menarik. Kelas diadakan selama 1 jam setengah dan telah tamat pada pukul 3.30 petang. Terima kasih buat peserta kerana memberi kepercayaan petugas PEDi untuk mengajar kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali