Personal Class Abul Kalam – Sijil Vaksin MySejahtera

17 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

16 Mei 2023 – Pada jam 5 petang, Abul Kalam telah hadir ke PEDi Linggi untuk mendapatkan bantuan dari Pengurus tentang cara mendapatkan semula akaun MySejahtera beliau dari telefon lama yang telah rosak ke telefon baru selain itu beliau juga telah lupa password yang beliau gunakan sebelum ini.

Abul Kalam diajar tentang cara memuat naik dan mendapatkan password yang telah hilang serta log in ke akaun MySejahtera di telefon beliau. Selain itu beliau mengadu tentang kesukaran untuk memuat turun sijil vaksinnya memandangkan beliau adalah warga negara asing. Oleh itu beliau turut diajar cara memuat turun sijil vaksin dan dinasihatkan untuk cetak sijil tersebut untuk memudahkan beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali