Program Canva Mencipta Penanda Buku dan Advokasi S.A.F.E Internet di Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana

12 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

11 Oktober 2024 – NADI Linggi telah bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana, Port Dickson dengan mengadakan Program Canva Mencipta Penanda Buku dan Advokasi S.A.F.E Internet.

Seramai 20 orang peserta telah hadirkan diri yang merupakan pelajar sekolah menengah. Program dimulakan dengan memperkenalkan peranan NADI sebagai pusat informasi dan platform pembelajaran digital kepada pelajar.

Seterusnya, petugas NADI Linggi menerangkan secara ringkas mengenai penggunaan Internet dengan selamat dan menerangkan kebaikan juga keburukan Internet serta lebih berhati-hati dalam melayari Internet dan tidak menggunakannya untuk tujuan yang salah.

Mengadakan pertandingan merekacipta penanda buku dengan menggunakan aplikasi Canva dan memilih pemenang di tempat pertama hingga ketiga.

Serta sesi pendaftaran keahlian NADI Linggi secara percuma kepada pelajar yang hadir.

Akhir sekali, kami dari pihak NADI Linggi mengucapkan ribuan terima kasih buat Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana yang telah menjemput kami bagi Program Canva Mencipta Penanda Buku dan Advokasi S.A.F.E Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali