Personal Class Aniza - MySejahtera

13 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

12 Ogos 2024 – Puan Aniza binti Phazin datang ke NADI Linggi untuk mendapatkan bantuan mengembalikan akaun MySejahteranya yang hilang kerana kehilangan telefon. Oleh kerana beliau tidak dapat mengakses telefon yang lama dan lupa alamat email dan password yang digunakan jadi beliau mengalami kesukaran untuk membuka akaun MySejahtera dan seterusnya mendapatkan Sijil Vaksinasi yang penting untuk tujuan pekerjaan.

Beliau diajar oleh Pengurus NADI linggi iaitu Puan Norhapidah binti Mokhtar. Antara yang diajar ialah Memuat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon baru, Menggunakan fungsi Help Desk di dalam aplikasi untuk menghantar permohonan mendapatkan semula akaun lama, Menyediakan dokumen yang diperlukan dan memuat naik dokumen sebelum menghantar tiket dan Menunggu balasan keputusan dari admin MySejahtera.

Setelah mendapat balasan notifikasi dari admin, Puan Aniza juga diajar cara mendapatkan Sijil Vaksinasi melaui aplikasi, memuat turun ke dalam telefon, Cari mencari fail download di dalam My File dan mencetaknya untuk dihantar kepada majikan. Kelas ini berlansung selama 1 jam sahaja bermula dari 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali