Reka Poster Kemerdekaan Menggunakan Aplikasi Canva di Perpustakaan Desa Kg Sg Raya

25 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

24 Ogos 2024 – NADI Linggi telah bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Kg Sg Raya, Pasir Panjang dengan mengadakan Reka Poster sempena Hari Kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi Canva.

Seramai 12 orang peserta telah hadirkan diri yang merupakan pelajar sekolah menengah. Program dimulakan dengan penyampaian Taklimat Mengenai NADI. Seterusnya, peserta dilatih cara bagaimana untuk mereka poster menggunakan aplikasi Canva.

Program bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang dan diakhiri dengan pemilihan pemenang tempat pertama hingga ketiga.

Akhir sekali, kami dari pihak NADI Linggi mengucapkan ribuan terima kasih buat Perpustakaan Desa Kg Sg Raya, Pasir Panjang yang telah menjemput kami bagi Program Hari Kemerdekaan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali