Bengkel Canva di Perpustakaan Desa

29 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

28 Jun 2024 – NADI Linggi bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Pengkalan Durian mengadakan Bengkel & Pertandingan Mereka Profil Diri Menggunakan Canva.

Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah seramai 14 orang.
Program dimulakan dengan penyampaian Taklimat Mengenai NADI dan sedikit Advokasi Klik Dengan Bijak oleh Pengurus NADI. Seterusnya pertandingan bermula pada jam 3.00 petang sambil dibimbing oleh kedua-dua staf NADI selama satu setengah jam.

Program disudahi dengan pemilihan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga serta penyampaian hadiah bagi acara lain yang di adakan iaitu Pertandingan Sambung Surah – Demi Masa. Program tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali