Kelas E-Learning (Jigsaw Puzzle) dan Advokasi Risiko di Dalam Talian

4 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

3 Mei 2024 – NADI Linggi telah mengadakan kelas E-Learning iaitu kelas permainan Jigsaw Puzzle dalam website abcya.com. Kelas ini bermula pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 3.30 petang dan telah dihadiri oleh 3 orang peserta kanak-kanak yang menyertai permainan ini.

Di dalam website abcya.com ini, terdapat pelbagai jenis permainan atas talian yang ada untuk mereka bermain. Petugas NADI Linggi telah memilih untuk mereka bermain permainan Jigsaw Puzzle.

Kami memilih permainan Jigsaw Puzzle untuk mereka bermain adalah untuk mereka menanam sifat keyakinan diri mereka dengan bermain permainan ini. Kejayaan mereka dalam menyempurnakan sesuatu gambar tersebut mendatangkan perasaan puas hati dan bangga terhadap diri mereka.

Mereka telah menyelesaikan suai gambar di dalam website abcya.com tersebut sebanyak 10 gambar dengan betul dan pantas.

Sambil mereka bermain, petugas NADI telah selitkan advokasi kepada mereka mengenai Risiko di dalam Talian untuk mereka berjaga-jaga di dalam menggunakan Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali