Program Advokasi dan Jangkauan di Kampung Orang Asli (KOA) Negeri Sembilan, Bukit Kepong, Port Dickson

6 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

5 Mei 2024 – Petugas NADI Linggi serta Kluster NADI Port Dickson dan Seremban telah terlibat di dalam Program Advokasi dan Jangkauan di Kampung Orang Asli (KOA) Negeri Sembilan, Bukit Kepong, Port Dickson di bawah penganjuran MCMC Negeri Sembilan.

Penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai inisiatif MCMC tentang kepentingan Klik Dengan Bijak (KDB) apabila berada di dalam talian. Inisiatif ini memberi penekanan penggunaan dalam talian secara positif, beretika, selamat dan bertanggungjawab.

Pihak MCMC Negeri Sembilan juga memberi taklimat kepada komuniti orang asli di sini mengenai tatacara membuat aduan telekomunikasi dan juga tatacara menjalankan audit liputan telekomunikasi.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan yang dikendalikan oleh petugas NADI Kluster Port Dickson dan Seremban antaranya permainan Celik Rimba, Ikrar Etika, permainan interaktif online dan offline antaranya word search dan puzzle.

Taklimat Etika Keusahawanan Dalam Talian telah disampaikan oleh Penolong Pengurus, NADI Kampung Si Rusa bagi memberi pendedahan kepada komuniti orang asli mengenai bagaimana untuk memulakan perniagaan secara dalam talian, keselamatan kepada usahawan dan pembeli yang menjalankan urusniaga secara dalam talian. Disamping itu juga, komuniti di sini diberikan pendedahan mengenai fungsi dan peranan NADI.

Kuiz MyCybergenius turut dijalankan bersama komuniti dipelbagai peringkat umur dan telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada komuniti orang asli yang hadir sekitar 250 orang ke program ini.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Faizal Ramli, EXCO Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali