Program MAS Siri Pertama Minggu Kedua bersama Pelajar PDK Cahaya Ikhsan
11 April 2015 | Aktiviti Terkini
Berteraskan matlamat ingin berkongsi kemajuan ICT dan kemudahan yang terdapat di PI bersama golongan kurang upaya, seiring dengan nama program ini sendiri iaitu Masih Ada Sayang (MAS) maka kelas latihan percuma yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi ini diteruskan lagi bagi minggu kedua pada tarikh 10 APRIL 2015 dari pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kali ini, peserta diajar untuk menaip menggunakan Microsoft Word. Latihan diulang beberapa kali bagi memastikan peserta mahir menaip serta dapat mengenali abjad dan nombor yang terdapat di papan kekunci. Peserta dilihat menunjukkan kemajuan berbanding pada minggu pertama. Seterusnya mereka diajar mewarna, dengan menggunakan laman web interaktif yang boleh digunakan secara percuma di atas talian. Latihan ini membantu mereka menguasai gerak tangan dalam menggunakan tetikus. Ianya dilihat memberansangkan kerana di awal kelas kebanyakan daripada mereka menghadapi kesukaran untuk menggunakannya. Rata-rata peserta merasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan tidak sabar untuk hadir sesi yang seterusnya pada minggu hadapan. Jumpa lagi nanti!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: