Kisah Kejayaan
Sivanesan a/l Aranasalam - Pelajar Cemerlang IT
Kisah kejayaan yang terpilih kali ini ialah mengenai adik Sivanesan a/l Aranasalam. Beliau terpilih berdasarkan peningkatan kemahiran beliau di dalam ICT yang semakin ketara semenjak belajar ICT di PI Linggi. Sivanesan a/l Aranasalam, berusia 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Yusof Linggi.
Sebelum menjadi ahli PI beliau lansung tidak pernah mengunjungi PI dan tidak pandai menggunakan komputer. Sivanesan telah mendaftar menjadi ahli ketika datang ke booth PI yang diadakan di sebuah majlis perasmian di sini. Sejak itu, Sivanesan rajin ke kelas-kelas yang diadakan selain turut mendaftarkan diri di dalam tuisyen e-kelas. Walaupun beliau adalah satu-satunya pelajar bukan melayu, beliau tidak kekok untuk datang menimba ilmu, malah adakalanya beliau seorang sahaja yang hadir, namun tetap tidak melemahkan semangatnya untuk belajar.
Antara kelas-kelas yan beliau ikuti ialah, Kelas INTEL Asas Ms Office, Powtoon, Tuisyen E-Kelas, Motivasi, Lakonan dan Suntingan Video, Penyertaan dalam Pertandingan Video Kesihatan dan banyak lagi. Adik Siva juga adalah salah seorang pelajar bertuah yang telah terpilih untuk datang ke Menara Maxis sempena Majlis Perasmian E-Kelas 2017. Walaupun perjalanan adik Siva di dalam menuntut ilmu masih jauh, namun kami di PI Linggi tetap merasa bangga melihat anak didik kami ini yang semakin mahir bukan sahaja di dalam bidang ICT, tetapi juga di dalam pelajaran.
Ariel Daryll Shah – Pelajar Cemerlang IT
Ariel Daryll Shah Bin Ahmad Sulhan adalah pelajar Darjah 6 Sekolah Kluster Kecemerlangan Linggi (SKK SK Linggi). Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya yang semakin meningkat sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi. Beliau juga adalah antara pelajar yang paling banyak menghadiri kelas sejak PI dibuka. Keluarga Ariel agak susah dan tidak berpeluang untuk menyediakan komputer dirumah apatah lagi untuk menghantarnya ke kelas-kelas komputer berbayar. Sebelum tertubuhnya PI Linggi, Ariel tidak tahu lansung menggunakan komputer dan internet. Pengetahuannya tentang dunia luar juga agak terbatas kerana kurang bergaul, jarang menonton berita dan membaca surat khabar.
Ariel selalu komited untuk datang ke setiap kelas yang dianjurkan oleh PI1M semenjak dari mula-mula beliau menjadi ahli PI1M pada tahun 2014. Kini, pengetahuan Ariel di dalam ICT semakin bertambah, prestasi dalam akedemik juga semakin baik sehingga beliau terpilih untuk berpindah kelas dari kelas B ke kelas A dan termasuk dalam senarai 10 orang murid berpotensi mendapat 6A di dalam UPSR 2018 yang akan datang. Bahkan beliau sering diminta oleh cikgu untuk membantu membimbing rakan-rakan setiap kali ada kelas komputer di sekolah. Ariel sering hadir ke PI Linggi untuk bersama-sama dengan kawan-kawannya membuat tugasan sekolah. Beliau juga dapat mengetahui tentang dunia luar dengan melayari internet sambil dipantau dan dibantu oleh petugas PI Linggi.
Aryan Darnies Shah – Pelajar Cemerlang ICT
Kisah kejayaan pelajar Cemerlang ICT kali ini ialah mengenai Aryan Darnies Shah Bin Ahmad Sulhan. Beliau terpilih kerana telah menunjukkan peningkatan di dalam pelajaran di sekolah setelah menyertai Kelas Tuisyen Digital Maxis eKelas semenjak 2017 lagi iaitu ketika masih di Tingkatan 1. Kelas Tuisyen Digital Maxis eKelas ini adalah kelas pembelajaran selepas waktu sekolah yang membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam subjek Sains, Bahasa Inggeris & Matematik. Tuisyen ini dibuka kepada pelajar Tingkatan 1, 2 & 3.
Kelebihan yang ada adalah pelajar dapat mengulangkaji pelajaran bersama tenaga pengajar yang di pilih oleh Maxis daripada kalangan guru yang terbaik serta dapat mengakses portal eKelas yang diberikan khas kepada pelajar eKelas sahaja. Melalui portal ini, pelajar bukan sahaja dapat mengulangkaji pelajaran, menjawab soalan latihan peperiksaan dan membaca nota malah dapat berhubung dan bertukar-tukar pendapat bersama dengan semua pelajar eKelas di seluruh Malaysia. Selain di dalam pelajaran, Aryan juga menunjukkan pencapaian yang memberansangkan di dalam bidang ICT yang beliau pelajari di PI Linggi semenjak menjadi ahli PI Linggi dari tahun 2014 lagi. Beliau dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan mudah yang perlu menggunakan komputer, malah sering menjadi tempat rujukan kawan-kawannya yang memerlukan tunjuk ajar.
Fatin Najiha - Usahawan Dengan Bimbingan It Dari PI
Fatin Najiha adalah pelajar lepasan Politeknik Port Dickson yang mempunyai kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan. Beliau adalah salah seorang sukarelawan PI dan beliau turut berpeluang bekerja di PI Linggi selama 2 bulan semasa menggantikan Penolong Pengurus PI Linggi yang cuti bersalin. Sebelum bekerjasama dengan PI, kemahiran beliau di dalam bidang ICT amat terhad dan tidak terdedah kepada bidang keusahawanan. Ketika berpeluang untuk menjadi sebahagian dari PI1M selama 2 bulan, beliau dapat mempelajari pelbagai perkara mengenai komputer, keusahawanan dan berbakti kepada komuniti setempat.
Dahulu, tugasan beliau sebagai seorang pelajar juga membataskan beliau untuk mencuba bidang perniagaan. Namun kini beliau tertarik untuk cuba berniaga setelah pelbagai pendedahan tentang keusahawanan yg diberikan oleh PI Linggi. Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan menjual produk jualan lansung. PI Linggi turut memberi peluang kepada beliau untuk mempamerkan barang jualan beliau di kaunter PI, di mana secara tidak lansung membantu mempromosikan produk beliau. Walaupun produk yang dijual mudah didapati di internet, namun agak kurang yang menjualnya di kawasan Linggi ini, jadi kelebihan yang ditawarkan iaitu FREE COD berjaya menarik minat penduduk setempat.
Hasil daripada itu beliau menambah lagi produk jualannya agar dapat menarik lebih ramai pelanggan. Kini, setelah seronok dengan bidang keusahawanan ini, Fatin Najiha ingin cuba mengorak langkah menceburi bidang jualan makanan homemade pula. Walaupun beliau sudah mempunyai jawatan tetap, beliau merasa seronok berniaga dan ingin terus meneroka bidang ini hasil daripada pendedahan dan galakan yang diberi oleh staff PI Linggi.
Norazman - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari PI
Encik Norazman adalah anak jati Linggi yang mengusahakan kerja-kerja pertanian dan perladangan seperti mengambil upah membersihkan kebun, menanam anak kelapa sawit dan sebagainya. Selain itu beliau juga menjual produk MLM iaitu ELKEN. Kini Encik Norazman sedang berjinak-jinak untuk menceburi bidang kontraktor pembinaan dan sering datang untuk mendapat tunjuk ajar di PI Linggi.
Beliau boleh dikatakan peserta dewasa terawal yang menunjukkan minat untuk belajar di PI Linggi sejak PI dibuka pada tahun 2014. Program pertama yang beliau hadiri di PI Linggi ini ialah Program Usahawan Maxis Cyberkids 2014. Sejak itu beliau menyedari betapa pentingnya pengetahuan di dalam bidang ICT ini terutamanya individu yang ingin bekerja sendiri seperti beliau. Antara lain yang dipelajari ialah Kelas Blog Perniagaan, Teknik pemasaran di FB, Membuat Risalah Perniagaan dan kelas-kelas sampingan seperti Kelas Sembelihan Halal dan Kelas JKK Masjid bersama JHEAINS.
Memandangkan rutin pekerjaannya agak sibuk, beliau akan hadir untuk belajar secara peseorangan jika beliau tidak sempat untuk masuk ke mana-mana kelas ICT dewasa yang dijalankan di PI Linggi. Beliau akan datang untuk mendapatkan tunjuk ajar dari staf PI Linggi tentang cara-cara menaip dokumen berformat seperti sebutharga, surat rasmi, kertas kerja, invois dan sebagainya.
Nur Saqirah Adnan – Pelajar Yang Mendapat Bimbingan Keusahawanan Dari Pi Linggi
Nur Saqirah Binti Adnan adalah pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) daripada Politeknik Ungku Omar, Perak. Beliau telah menjalani Program Latihan Industri di PI1M Linggi selama 6 bulan bermula dari November 2017 hingga April 2018. Sepanjang melalui latihan praktikal di PI Linggi, beliau bukan sahaja didedahkan dengan latihan-latihan ICT, tetapi juga dengan latihan keusahawanan. Antara kursus yang pernah dihadiri oleh beliau ialah Program Pembangunan ICT Komuniti Luar Bandar kerjasama PI Linggi dan Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat SUK Negeri Sembilan.
Di dalam kursus ini, peserta diajar tentang Cara Membuat Email, Fungsi & Tetapan FB, Cara Membuat Poster, Risalah & Kulit Muka FB dengan menggunakan Canva.com serta Pemasaran melalui media sosial iaitu FB Page, FB Live, Whatsapp & Instagram. Melalui pendedahan ini akhirnya membuahkan minat beliau sehingga tercetuslah usaha perniagaan online dan katering.
Dengan galakan , semangat dan sokongan yang diberi oleh staff PI Linggi, beliau bermula dengan menjadi ejen dropship menjual alat kosmetik, setelah mendapat reaksi yang baik dari pelanggan, beliau menambah lagi produk lain seperti beg dan pakaian wanita. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang katering apabila diberi peluang untuk mengambil tempahan hidangan makan untuk program-program yang dianjurkan di PI Linggi hingga akhirnya beliau turut menerima tempahan dari pejabat-pejabat yang berdekatan untuk jamuan mesyuarat dan sebagainya. Kini beliau mengusahakan gerai makan kecil bersama ibunya dan bercita-cita untuk membesarkan lagi perniagaan tersebut di masa akan datang.
Muhammad Izzanie Bin Zainal Abiddin – Pelajar Cemerlang IT
Muhammad Izzanie Bin Zainal Abidin adalah pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusuf, Linggi. Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya ICT nya yang semakin meningkat dan keputusan peperiksaan yang semakin baik sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi. Izzanie adalah anak kedua dari 3 beradik. Bapanya tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana mempunyai masalah kesihatan, Ibunya pula adalah seorang tukang sapu.
Ibu Izzanie juga adalah salah seorang usahawan PI Linggi, maka tidak hairan lah jika dia selalu mendidik anak nya untuk melibatkan diri dengan perkara-perkara berfaedah seperti menghadiri kelas-kelas ICT yng terdapat di PI Linggi ini. Oleh kerana ekonomi keluarganya yang tidak stabil, mereka tidak mampu untuk memiliki komputer sekaligus untuk belajar mengenai komputer. Sejak tertubuhnya PI Linggi, mereka adalah antara yang terawal mendaftar sebagai ahli PI dan ahli yang paling kerap menyertai segala aktiviti yang dianjurkan.
Izzanie selalu komited untuk datang ke setiap kelas yang dianjurkan oleh PI1M semenjak dari mula-mula beliau menjadi ahli PI1M pada tahun 2014. Kini, pengetahuan Izzanie di dalam ICT semakin bertambah, prestasi dalam akademik juga semakin baik. Beliau juga dapat mengetahui tentang dunia luar dengan melayari internet dan bergaul dengan rakan sebaya. Beliau juga sering hadir ke PI Linggi untuk sama-sama membuat tugasan sekolah dengan kawan sambil dipantau dan dibantu oleh petugas PI Linggi.
Apabila menginjak ke tingkatan 1 pada tahun 2018, Izzanie berpeluang untuk menyertai Tuisyen Digital E-Kelas, ianya menyaksikan peningkatan keputusan peperiksaan beliau. Manakala dalam bidang ICT pula, Izzanie menunjukkan kemahiran dalam menguasai Microsoft Office terutamanya Words, Excel & Powerpoint. Memandangkan tugasan sekolah dewasa ini banyak memerlukan penggunaan komputer, jadi ianya bukan lah satu cabaran yang besar bagi Izzanie, kerana hasil dari apa yang dipelajarinya di PI Linggi, beliau dapat menyiapkan tugasan sekolah tersebut dengan mudah bahkan menjadi pembimbing kepada rakan-rakannya yang lain.
Jalil Bin Hashim - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Encik Jalil adalah seorang pesara tentera yang kemudiannya melakukan kerja-kerja kampung seperti nelayan dan penternakan itik telur dan mengambil upah pertukangan selepas bersara. Bagi menambah pendapatan keluarga, Encik Jalil telah berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan iaitu perkhidmatan sewa kanopi. Kini beliau melangkah setapak lagi di dalam bidang perkhidmatan katering pula.
Selain daripada melakukan pekerjaan tersebut, Encik Jalil juga turut aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu sebagai Pengerusi KRT (Kelab Rukun Tetangga) Kg Permatang Pasir. Sebelum bekerjasama dengan PI1M, kemahiran beliau di dalam bidang ICT amat terhad. Beliau tidak tahu lansung menggunakan komputer serta melayari internet. Ekonomi keluarga juga agak rendah kerana hanya bergantung kepada pencen bulanan dan hasil jualan telur itik.
Penglibatan awal beliau dengan PI Linggi ialah apabila beliau datang untuk meminta bantuan mendaftarkan persekolahan dan permohonan ke pusat pengajian tinggi untuk anak-anaknya. Walaupun tidak pernah menghadiri kelas-kelas yang dijalankan kerana kekangan masa. Namun beliau sering hadir ke PI Linggi untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas dalam menyediakan pelbagai jenis dokumen. Bukan sahaja dokumen perniagaan, malah dokumen seperti Minit Mesyuarat dan Laporan KRT.
PI Linggi juga sering membantu mempromosikan perniagaan Kanopi & Katering Encik Jalil samada secara lansung ataupun tidak lansung. Sekiranya beliau tidak berkesempatan untuk belajar, adakalanya beliau akan mewakilkan anaknya yang juga salah seorang dari bekas sukarelawan PI (Noorhidayah Jalil) untuk belajar dan menimba ilmu keusahawanan yang diberikan. Ilmu ICT dan keusahawanan tersebut digunakan oleh Noor Hidayah untuk membantu menjalankan perniagaan mereka. Walaupun PI Linggi pernah menawarkan untuk mempromosikan lagi perniagaan ini agar lebih meluas, tetapi ditolak oleh Encik Jalil kerana masih belum bersedia untuk membesarkan lagi perniagaan beliau ini. Beliau lebih selesa dibimbing secara perlahan sehingga beliau betul-betul mahir dan bersedia nanti.
Nurul Naziehah Binti Tahirun – Pelajar Cemerlang IT
Nurul Naziehah Binti Tahirun adalah pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusuf, Linggi. Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya ICT nya yang semakin meningkat dan keputusan peperiksaan yang semakin baik sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi. Naziehah adalah anak kedua dari 3 beradik. Bapanya bekerja sebagai buruh kampung, manakalanya ibunya hanyalah seorang suri rumah sahaja. Ibu Naziehah adalah seorang yang amat mengambil berat hal pendidikan anaknya. Seringkali beliau membawa anak-anaknya termasuk Naziehah untuk belajar di PI Linggi.
Beliau sentiasa menyokong anak-anaknya untuk melibatkan diri dengan apa saja program yang dijalankan di PI Linggi, tidak kira samada kelas-kelas ICT, tuisyen digital, mahupun program-program komuniti, pasti beliau akan memberi sokongan yang penuh kepada anak-anaknya. Maka dengan itu, NaziehaH sentiasa berpeluang untuk belajar pelbagai perkara mengenai ICT di PI Linggi. Naziehah selalu komited untuk datang ke setiap kelas yang dianjurkan oleh PI1M semenjak dari mula-mula beliau menjadi ahli PI1M pada tahun 2014. Kini, pengetahuan Naziehah di dalam ICT semakin bertambah, prestasi dalam akedemik juga semakin baik. Beliau juga dapat mengetahui tentang dunia luar dengan melayari internet dan bergaul dengan rakan sebaya.
Beliau juga sering hadir ke PI Linggi untuk sama-sama membuat tugasan sekolah dengan kawan sambil dipantau dan dibantu oleh petugas PI Linggi. Apabila menginjak ke tingkatan 1 pada tahun 2018, Naziehah berpeluang untuk menyertai Tuisyen Digital E-Kelas, ianya menyaksikan peningkatan keputusan peperiksaan beliau dari ujian 1 ke ujian pertengahan tahun terutamanya dalam subjek Matematik. Ini adalah hasil dari tuisyen eKelas yang dihadirinya. Manakala dalam bidang ICT pula, Naziehah menunjukkan kemahiran dalam menguasai Microsoft Office terutamanya Words, Excel & Power point. Memandangkan tugasan sekolah dewasa ini banyak memerlukan penggunaan komputer, jadi ianya bukan lah satu cabaran yang besar bagi Naziehah, kerana hasil dari apa yang dipelajarinya di PI Linggi, beliau dapat menyiapkan tugasan sekolah tersebut dengan mudah bahkan menjadi pembimbing kepada rakan-rakannya yang lain.
Sarimah Binti Bakri - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Puan Sarimah dahulunya adalah seorang pekerja kilang. Selepas berhenti kerja, beliau menjadi suri rumah sambil mengambil tempahan membuat kuih. Minatnya di dalam bidang solekan juga mendorong beliau mengikuti beberapa kelas solekan. Menyedari tentang kelebihan berniaga sendiri dan peluang yang ada, Puan Sarimah akhirnya menjadi pengusaha kantin di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir yang terletak berdekatan dengan rumah beliau. Beliau turut berniaga kuih bahulu, kek dan kuih muih dan mempunyai syarikat yang berdaftar di bawah nama Shushima Enterprise.
Sebelum terlibat dengan PI Linggi, Puan Sarimah tidak mahir menggunakan komputer dan tidak pernah menghadiri apa-apa kelas komputer. Selepas terlibat dengan beberapa aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh PI Linggi, Puan Sarimah kini sudah tahu serba sedikit cara menggunakan komputer. Penglibatan beliau dengan PI Linggi adalah lebih kepada program usahawan, dimana beliau belajar kelas asas solekan usahawan Mary Kay dan juga usahawan PI yang menjual makanan dan memberi khidmat katering pada majlis-majlis yang dianjurkan oleh PILinggi selain turut membantu dalam mengajar cara pemasaran di media sosial dan jualan lansung.
Nor Ain Binti Ariffin - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Nor Ain Binti Ariffin adalah seorang Pembantu Perpustakaan Desa Kg. Pengkalan Durian. Dia sering datang ke PI Linggi bagi mendapatkan perkhidmatan internet, komputer dan percetakan. Beliau juga sering mendapatkan bantuan dari staf PI bagi memberi tunjuk ajar tentang ICT. Bagi menambah pendapatan keluarga, Nor Ain berhasrat untuk menjual dan mengkormesilkan Kuih Olen-olen resepi turun temurun dari keluarga ibunya. Jadi, Nor Ain turut mendapatkan bantuan khidmat nasihat keusahawanan dari PI Linggi seperti belajar membuat sticker produk, logo dan banner. PI Linggi juga turut membantu usahawan-usahawan seperti Puan Nor Ain dalam mempromosikan perniagaanya seperti hebahan di Media Sosial, peluang beriklan di dalam group Whatsapp yang dikendalikan oleh PI dan peluang membuka gerai di booth atau program yang dianjurkan oleh PI.
Walaupun perniagaannya ini masih baru dan belum terkenal di media sosial atas beberapa kekangan tetapi, Kuih Olen-Olen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan secara offline. Apa yang menarik lagi, lebih ramai usahawan-usahawan kecil di kawasan sekitar Linggi datang untuk belajar membuat / menempah sticker produk mereka setelah melihat sticker produk yang terdapat di pek pembungkusan Kuih Olen-Olen tersebut.
Mohd Zulharith Anaqi Bin Zulhelmy – Pelajar Cemerlang It
Mohd Zulharith Anaqi Bin Zulhelmy adalah pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusuf, Linggi. Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya ICT nya yang semakin meningkat dan keputusan peperiksaan yang semakin baik sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi. Harith merupakan antara ahli PI Linggi yang terawal mendaftar sekitar mula-mula penubuhan PI pada tahun 2014. Beliau rajin datang ke PI untuk belajar kelas-kelas ICT. Pada tahun 2017 ketika beliau naik ke tingkatan 1 beliau mendaftar pula sebagai pelajar Maxis eKelas sehingga ke hari ini. Kini kemahiran ICT Zulharith semakin meningkat, Beliau berupaya untuk menggunakan Ms Word, Powerpoint dan Excel tanpa perlu tunjuk ajar yang banyak malah boleh membantu membimbing rakan-rakannya yang lain.
Saharani Binti Yunus - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Saharani Binti Yunus adalah merupakan usahawan yang telah lama berniaga cendol dan pisang goreng di Pekan Linggi. Perniagaan cendolnya memang terkenal kerana rasa asli daun pandannya berbanding cendol-cendol yang dijual di tempat lain. Tidak hairanlah jika Puan Saharani sering mendapat tempahan membuat cendol untuk majlis-majlis keramaian bukan sahaja di sekitar Linggi, malah di kawasan luar Linggi seperti di Seremban, Port Dickson, Rembau dan sebagainya. Bagi membantu memperkenalkan lagi cendolnya, PI Linggi telah membuat satu video mengenai cendol tersebut dan juga gerai milik Puan Saharani dan di muatnaik di Page Menarik di Port Dickson. Hasil dari beribu tontonan di Facebook, gerai Cendol Linggi telah mendapat sambutan yang luar biasa sehingga mendorong Puan Saharani membesarkan lagi gerainya, menambah pekerja dan sekaligus menambah lagi produk-produk jualan beliau.
Jika dahulu ‘Cendol Linggi’ hanya menjual cendol dan pisang goreng, tetapi sekarang Puan Saharani sudah mula menjual hidangan untuk sarapan, makan tengahari dan masakan goreng panas. Sekali lagi Puan Saharani mendapatkan bantuan dari PI Linggi untuk belajar membuat kertas kerja, banner, menu dan tanda harga bagi diletakkan di Kedai Cendol Linggi miliknya itu. Puan Saharani mengakui bahawa pendapatannya semakin meningkat dan amat berterima kasih kepada Pi Linggi yang banyak membantu beliau selama ini.
Siti Norshah Fizah Binti Zainal - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Siti Norshah Fizah Binti Zainal adalah merupakan seorang Penolong Pegawai IT di sebuah kolej. Beliau berumur 31 tahun dan telah berkeluarga serta mempunyai 5 orang anak. Bagi menambah pendapatan keluarga, beliau membuat kerja-kerja sampingan seperti mengambil upah membuat graphic design. Walaupun begitu, pendapatan beliau sekeluarga masih belum mencukupi jadi beliau ingin mencuba untuk membuat perniagaan online.
Puan Siti Norshah Fizah memang mahir menggunakan komputer jadi tidak hairanlah jika beliau tidak pernah menghadiri kelas-kelas ICT di PI Linggi. Walaupun begitu, beliau tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan dan cara untuk menarik pelanggan membeli produk beliau. Selepas mengetahui bahawa PI Linggi menawarkan kursus E-Usahawan dan kelas-kelas lain secara percuma, jadi beliau tergerak hati untuk cuba belajar tentang ilmu keusahawanan ini di sini. Kini, beliau semakin yakin untuk memulakan perniagaan yang baru, cara untuk menarik pelanggan, pemasaran produk dan pengiklanan di media sosial.
Ahmad Nursulaiman Bin Mohd Yusof – Pelajar Cemerlang It
Ahmad Nursulaiman Bin Mohd Yusof adalah pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusuf, Linggi. Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya ICT nya yang semakin meningkat dan keputusan peperiksaan yang semakin baik sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi. Sulaiman adalah anak kedua dari 2 adik beradik. Bapanya bekerja sebagai buruh dan ibunya adalah seorang suri rumah. Oleh kerana ekonomi keluarganya yang tidak stabil, mereka tidak mampu untuk memiliki komputer sekaligus untuk belajar mengenai komputer.
Jadi, Sulaiman dan kakaknya yang juga seorangpelajar cemerlang dan bersekolah di asrama penuh akan datang pada setiap hujung minggu. Sementara kakak Sulaiman menyiapkan tugasan-tugasan sekolah, Sulaiman akan mengikuti kelas ICT yang diadakan di PI Linggi ini. Apabila menginjak ke tingkatan 1 pada tahun 2017, Sulaiman berpeluang untuk menyertai Tuisyen Digital E-Kelas, ianya menyaksikan peningkatan keputusan peperiksaan beliau. Manakala dalam bidang ICT pula, Sulaiman menunjukkan kemahiran dalam menguasai Microsoft Office terutamanya Words, Excel & Powerpoint. Memandangkan tugasan sekolah dewasa ini banyak memerlukan penggunaan komputer, jadi ianya bukan lah satu cabaran yang besar bagi Sulaiman, kerana hasil dari apa yang dipelajarinya di PI Linggi, beliau dapat menyiapkan tugasan sekolah tersebut dengan mudah bahkan menjadi pembimbing kepada rakan-rakannya yang lain.
Muhammad Ariel Dizly Bin Zamhari – Pelajar Cemerlang It
Muhammad Ariel Dizly Bin Zamhari adalah pelajar Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Linggi. Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya ICT nya yang semakin meningkat dan keputusan peperiksaan yang semakin baik sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi. Ariel adalah anak bongsu dari 3 beradik. Beliau dan 2 lagi adik beradiknya baharu sahaja berpindah ke Kg Linggi dan tinggal bersama datuk mereka. Sebelum menjadi ahli PI Linggi, Ariel tidak mahir menggunakan komputer dan internet.
Pada awalnya Ariel hanya datang ke PI Linggi untuk berjumpa dengan kawan-kawan sambil bermain internet sahaja. Tetapi selepas diajak menyertai kelas-kelas ICT yang diadakan, beliau semakin berminat untuk belajar. Beliau juga turut menyertai eKelas 2019 dimana Maxis menaja Tuisyen Digital Percuma untuk pelajar dari Darjah 6 hingga Tingkatan 5. Kami juga tertarik melihat sikap Ariel yang sangat bertanggungjawab, sering hadir ke kelas awal, rajin belajar dan boleh bertindak sebagai ketua. Beliau juga mudah faham tentang apa yang dipelajari.
Md Izzuddin Bin Mohd Shah - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Md Izzuddin Bin Mohd Shah adalah seorang guru yang bertugas di SK Pasir Panjang sebagai Guru Besar. Beliau tinggal di Kg Linggi dan sebelum ini bertugas di SK Linggi. Bagi mengisi masa lapang selepas waktu sekolah, Cikgu Izz menternak kambing di belakang rumahnya. Apabila kambing-kambing peliharaannya telah berkembang biak, beliau mula menjualnya. Setelah itu, atas permintaan orang ramai yang inginkan perkhidmatan kambing golek di majlis-majlis aqiqah, Cikgu Izz merebut peluang tersebut dengan belajar membuat perapan dan membekalkan perkhidmatan kambing golek. Kini, Cikgu Izz meluaskan lagi empayarnya dengan menjual kambing slice yang siap diperap dalam saiz yang kecil dan sederhana. Perniagaan beliau semakin lama semakin maju. Beliau beberapa kali berkunjung ke PI Linggi bagi mendapatkan perkhidmatan percetakan, tempahan banner, rekaan logo syarikat, khidmat nasihat dan latihan ICT secara persendirian. Bagi yang berminat untuk membeli boleh lah melayari FB : https://www.facebook.com/Izzybbq
Muhammad Izzyreen Bin Zainal Abiddin – Pelajar Cemerlang It
Muhammad Izzyreen Bin Zainal Abidin adalah pelajar Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Linggi. Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya ICT nya yang semakin meningkat dan keputusan peperiksaan yang semakin baik sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi. Izzyreen adalah anak bongsu dari 3 beradik. Bapanya tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana mempunyai masalah kesihatan, Ibunya pula adalah seorang tukang sapu.
Ibu Izzyreen juga adalah salah seorang usahawan PI Linggi, maka tidak hairan lah jika dia selalu mendidik anak nya untuk melibatkan diri dengan perkara-perkara berfaedah seperti menghadiri kelas-kelas ICT yng terdapat di PI Linggi ini. Oleh kerana ekonomi keluarganya yang tidak stabil, mereka tidak mampu untuk memiliki komputer sekaligus untuk belajar mengenai komputer. Sejak tertubuhnya PI Linggi, mereka adalah antara yang terawal mendaftar sebagai ahli PI dan ahli yang paling kerap menyertai segala aktiviti yang dianjurkan.
Izzyreen selalu komited untuk datang ke setiap kelas yang dianjurkan oleh PI Linggi semenjak dari mula-mula beliau menjadi ahli PI pada tahun 2014. Kini, pengetahuan Izzyreen di dalam ICT semakin bertambah, prestasi dalam akademik juga semakin baik. Beliau juga dapat mengetahui tentang dunia luar dengan melayari internet dan bergaul dengan rakan sebaya. Beliau juga sering hadir ke PI Linggi untuk sama-sama membuat tugasan sekolah dengan kawan sambil dipantau dan dibantu oleh petugas PI Linggi. Pada tahun ini, Maxis membuka peluang Kelas Tuisyen Digital eKelas Maxis secara percuma kepada pelajar-pelajar Tahun 6 hingga ke Tingkatan 5 berbanding tahun lepas iaitu dari Tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Jadi, Izzyreen tidak melepaskan peluang ini untuk mengikuti kelas tuisyen di PI Linggi. Diharap dengan ini, pencapaian akademik Izzyreen di sekolah akan semakin meningkat dan maju.
Nurul Syuhadah Binti Mohd Ali - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Nurul Syuhadah Binti Mohd Ali adalah seorang graduan Public Relations & Entertainment Management dari MSU. Beliau berhenti bekerja di Pusat Zakat Selangor selepas berkahwin untuk mengikut suaminya menetap di Linggi. Bagi mengisi masa lapang sebelum mendapat pekerjaan yang baharu, Syuhadah banyak menghadiri kelas-kelas masakan. Beliau mula berjinak-jinak mengambil tempahan biskut, kek dan doorgift secara kecil-kecilan. Syuhadah beberapa kali datang ke Pusat Ekonomi Digital Linggi untuk belajar ICT seperti membuat logo perniagaan dan sticker produk, eRezeki dan keusahawanan. Beliau juga turut mencuba memperkenalkan produknya di FB dan Instagram dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang perniagaan Nurul Syuhadah, sila layari : Instagram Serikandi Kitchen - https://www.instagram.com/serikandi_kitchen/?hl=en
Aiman Mudzafar Bin Mohamad Khairi - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Aiman Mudzafar sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai IT di UNISEL. Beliau meletakkan jawatannya dan berpindah ke Linggi untuk memulakan perniagaan sendiri bermula 1 Januari 2019. Walaupun mempunyai kemahiran di dalam bidang IT, Aiman masih lagi memerlukan capaian internet yang laju untuk melakukan kerja-kerja beliau seperti online marketing, rekaan grafik dan sebagainya. Jadi beliau sering berkunjung ke PI Linggi bagi menggunakan perkhidmatan computer, internet dan percetakan. Beliau mengakui dengan adanya PI Linggi memudahkan lagi kerja-kerja di dalam menubuhkan perniagaannya. Layari laman web beliau di honeyfera.com
Airiez Hazlie Bin Mohd Fadzile – Pelajar Cemerlang IT
Airiez Hazlie Bin Mohd Fadzile adalah merupakan pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Pendeta Zaaba Seremban. Beliau berpeluang untuk kesekolah berprestasi tersebut atas kecemerlangan beliau di dalam bidang sukan. Namun, sesekali pada hujung minggu, beliau tidak ketinggalan untuk menghadiri kelas-kelas ICT yang dianjurkan di PI Linggi. Beliau telah banyak menghadiri kelas-kelas ICT dan ianya menjadikan Airiez lebih mahir menggunakan komputer berbanding rakan-rakannya.
Muhammad Firdaus Shah Bin Sharipudin – Pelajar Cemerlang IT
Muhammad Firdaus Shah Bin Sharipudin adalah pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusuf, Linggi. Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya ICT nya yang semakin meningkat dan keputusan peperiksaan yang semakin baik sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi.
Firdaus telah menjadi ahli PI Linggi semenjak tahun 2014 iaitu ketika PI Linggi mula dibuka. Kedudukan PI yang agak hampir dengan rumahnya, memudahkan Firdaus untuk datang dan mengikuti pelbagai kelas yang dianjurkan. Sehingga kini, Firdaus telahpun menghadiri lebih dari 20 buah kelas ICT. Bermula dari tahun ini juga, Firdaus berpeluang untuk mengikuti Program eKelas Maxis iaitu program tuisyen digital ditaja sepenuhnya oleh Maxis yang mengkhususkan 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Sains & Matematik. Diharap pencapaian Firdaus di dalam pelajaran akan lebih meningkat selepas ini.
Muhammad Aniq Naqiuddin Bin Mohd Zahid - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi
Aniq Naqiuddin merupakan seorang pelajar yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM. Walaupun masih muda dan belajar, beliau mempunyai minat yang amat mendalam di dalam bidang perniagaan dan masakan.
Aniq bermula dengan menjual produk secara dropship. Beliau amat bijak dalam mempromosi dan menarik minat para pelanggan untuk membeli kerana apa sahaja yang dijualnya pasti akan laku dan habis. Antara yang pernah dijual oleh Aniq adalah choco rice, popcorn chicken, bunga api, bird nest essence dan banyak lagi. Beliau juga pernah membeli kek di kedai kek yang terkenal dan memotongnya kecil-kecil untuk dijual dengan harga yang berpatutan dan tetap memberi keuntungan kepada beliau serta mendapat sambutan yang menggalakkan. Aniq datang ke PI Linggi untuk belajar ICT dan Keusahawan seperti belajar membuat logo perniagaan dan cara berniaga di shopee bagi memudahkan dan mengembangkan lagi perniagaannya.
Muhd Haikal Bin Abdullah– Pelajar Cemerlang It
Muhd Haikal Bin Abdullah adalah antara pelajar yang paling awal mendaftar sebagai ahli di awal pembukaan PI Linggi pada tahun 2014 dahulu. Beliau tidak mempunyai adik beradik dan tinggal bersama ibu dan bapa angkatnya sahaja. Bagi memastikan Haikal dapat belajar mengenai komputer dan ICT, bapanya sanggup menghantar Haikal ke PI untuk belajar setiap hari, malah adakalanya setiap kelas beliau akan ditemani oleh ibunya sehingga habis kelas.
Bapa Haikal hanyalah bekerja kampung manakala ibu nya hanya seorang suri rumah yang sesekali menjual nasi lemak bagi membantu ekonomi keluarga. Keadaan kesihatan yang tidak berapa baik menyebabkan ibunya tidak dapat bekerja selalu. Mereka tidak mampu menyediakan komputer di rumah mahupun untuk menghantar Haikal belajar di kelas komputer di bandar. Oleh itu mereka amat bersyukur dengan penubuhan PI ini dapat membantu anak mereka agar tidak ketinggalan dalam dunia teknologi ini. Dengan ini mereka mengharapkan agar Haikal dapat belajar dengan lebih tekun dan seterusnya berjaya di dalm pelajaran.
Muhammad Redzuan Bin Tareh - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi
Muhammad Redzuan bin Tareh merupakan seorang kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam di dalam bidang perniagaan dan penternakan madu lebah. En. Redzuan bermula dengan menyertai Kursus Asas Penternakan Lebah anjuran Honey Fera Enterprise di Pusat Ekonomi Digital Linggi. Dari kursus itu, En Redzuan memulakan penternakan lebah beliau dengan membeli satu set koloni lebah dan mula menternak secara komersial. Beliau turut datang ke PI Linggi untuk belajar ICT dan Keusahawan seperti belajar membuat logo perniagaan dan cara berniaga di Instagram dan Facebook bagi memudahkan dan mengembangkan lagi perniagaannya.
Siti Haida Binti Abd Aziz - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi
Pn. Siti Haida bt A. Aziz merupakan seorang kakitangan kerajaan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam di dalam bidang perniagaan. Pn. Siti Haida bermula dengan menyertai Kursus Asas Penternakan Lebah anjuran Honey Fera Enterprise. Dari kursus itu, Pn. Siti Haida mula menjadi ejen kepada Honey Fera Enterprise dengan menjual produk-produk yang berasaskan madu lebah seperti madu dan sarang lebah. Beliau datang ke PI Linggi untuk belajar ICT dan Keusahawan seperti belajar berniaga melalui Instagram dan Facebook bagi memudahkan dan mengembangkan lagi perniagaannya.
Muhammad Syafiq Bin Sufian – Pelajar Cemerlang It
Muhammad Syafiq Bin Sufian adalah merupakan pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Pin Linggi. Beliau merupakan anak ke 2 dari 3 adik beradik. Kisah Kejayaan nya dipilih kerana beliau semakin hari menunjukkan minat dan kecemerlangannya di dalam ICT. Sebelum penglibatan dengan PI Linggi, Syafiq hanya berpeluang untuk belajar serba sedikit menggunakan komputer di sekolah.
Pada mulanya, beliau hadir ke PI Linggi hanya untuk menonton youtube sahaja dan tidak tahu bahawa PI Linggi menyediakan kelas-kelas ICT percuma. Setelah diajak untuk meyertai kelas-kelas ICT percuma yang diadakan di PI Linggi, Syafiq semakin seronok untuk belajar dan semakin mahir menggunakan komputer. Beliau juga turut menyertai Tuisyen Digital eKelas bermula pada tahun ini. Setakat ini, beliau hanya menunjukkan sedikit peningkatan di dalam subjek Bahasa Inggeris , bagi subjek Sains dan Matematik pula, beliau perlu belajar dan hadir ke tuisyen dengan lebih gigih lagi.
Haikal Hakim Bin Tahirun – Pelajar Cemerlang It
Haikal Hakim Bin Tahirun adalah pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusuf, Linggi. Sebelum ini Haikal Hakim pernah dipilih untuk dikongsi kejayaannya pada Kuarter 3 Tahun 2019. Tapi pada tahun ini beliau sekali lagi dipilih setelah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan di dalam pelajaran dan ICT. Baru-baru ini telah berjaya menerima Anugerah Gemilang 2020 di mana ianya diberikan kepada pelajar ekelas yang mendapat peningkatan markah dalam subjek yang diajar dalam ekelas iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris pada peperiksaan akhir tahun/ UPSR/ PT3 berbanding markah peperiksaan pertengahan tahun.
Diantara 75 orang pelajar yang berjaya memenangi anugerah tersebut, beliau adalah satu-satunya pelajar dari PI Linggi. Untuk itu beliau akan menerima hadiah Geran Pelajar bernilai RM600 dalam bentuk simpanan akaun SSPN. Jadi selayaknya kisah kejayaan Haikal Hakim ini dipilih lagi sekali bagi memberi inspirasi dan dorongan buat pelajar-pelajar yang lain.
Izzati Najjihah Binti Zaidan – Pelajar Cemerlang It
Izzati Najjihah Binti Zaidan adalah pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusuf Linggi. Beliau dipilih untuk diambil kisah kejayaannya dalam Celik IT kerana kemahirannya ICT nya yang semakin meningkat baik sejak mengikuti pelbagai kelas di PI Linggi. Najjihah sering datang ke PI Linggi untuk meluangkan masa memandangkan tempat kerja ibunya terletak berdekatan dengan PI. Memandangkan dirumahnya tiada komputer, manakala kemudahan di sekolah pula adalah terhad, maka Najjihah kurang mahir mengenai ICT.
Setelah mengikuti pelbagai kelas dan program yang dianjurkan di PI Linggi, kini pengetahuan Najjihah di dalam ICT semakin bertambah. Beliau juga dapat mengetahui tentang dunia luar dengan melayari internet dan bergaul dengan rakan sebaya. Beliau juga sering hadir ke PI Linggi untuk sama-sama membuat tugasan sekolah dengan kawan sambil dipantau dan dibantu oleh petugas PI Linggi. Pada tahun ini, Najjihah sekali lagi menyertai Tuisyen Digital E-Kelas, iaitu tuisyen percuma yang ditaja oleh Maxis yang menekankan 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Ini bermakna Najjihah mendapat akses percuma ke portal ekelas.com yang menyediakan, nota-nota padat, dan soalan latihan sebagai bahan ulangkaji. Dengan ini ianya dapat mengurangkan beban kewangan bagi membeli buku nota, buku latihan dan yuran tuisyen yang terpaksa ditanggung. Manakala dalam bidang ICT pula, Najiihah menunjukkan kemahiran dalam menguasai Microsoft Office terutamanya Words, Excel & Powerpoint. Memandangkan tugasan sekolah dewasa ini banyak memerlukan penggunaan komputer, jadi ianya bukan lah satu cabaran yang besar bagi Najjihah, kerana hasil dari apa yang dipelajarinya di PI Linggi, beliau dapat menyiapkan tugasan sEkolah tersebut dengan mudah bahkan menjadi pembimbing kepada rakan-rakannya yang lain.
Sharifah Talha Syed Ali - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi
Sharifah Talha Syed Ali telah menetap di Madinah, Arab Saudi selama 20 tahun dan berkahwin di sana. Beliau telah mendapat ilham untuk berniaga kerana melihat penduduk Madinah yang gemar bersedekah. Setelah pulang ke Malaysia, beliau menubuhkan NGO bernama Muslimah Qariah Linggi (MQL) sebagai usaha beliau dalam membentuk akhlak, akidah dan mengadakan majlis-majlis agama. Beliau juga mendapat idea bagaimana untuk menjana pendapatan masyarakat iaitu dengan menubuhkan kumpulan sukarelawati dan mencari asnaf disekitar Linggi bagi membantu mereka. Untuk menaikkan lagi taraf hidup masyarakat, beliau telah membuka sebuah pasaraya bagi membolehkan penduduk berniaga dengan meletakkan produk-produk mereka di pasaraya ini.
Beliau datang ke PI Linggi untuk belajar ICT dan Keusahawanan dalam usahanya untuk mencapai cita-cita membuka pasaraya yang menjual produk muslim yang halal, suci dan bersih. Niat beliau adalah untuk membantu umat islam, khususnya golongan asnaf. Beliau memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Ekonomi Digital Linggi yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Pasaraya Taiba. Antara yang beliau pelajari ialah Asas Microsoft Word, Multimedia, Pendaftaran Perniagaan Online, Kertas Kerja Rancangan Perniagaan, Permohonan Lesen Bomba Online dan banyak lagi. Tonton video Kisah Kejayaan Sharifah Talha – Usahawan PI Linggi di youtube : https://www.youtube.com/watch?v=nFMJPXFXqmw&t=9s
Tam Kai Jun - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi
En. Tam Kai Jun merupakan seorang “Site Supervisor” di syarikat swasta dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam di dalam bidang perniagaan. Beliau menyertai Kursus Asas Penternakan Lebah anjuran Honey Fera Enterprise yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Linggi. Dari kursus itu, En. Tam mula membeli koloni lebah, menternak dan menjual produk-produk yang berasaskan madu lebah seperti madu dan sarang lebah. Selain itu beliau turut datang ke PI Linggi untuk belajar ICT dan Keusahawan seperti belajar berniaga melalui Instagram dan Facebook bagi memudahkan dan mengembangkan lagi perniagaannya. Walaupun beliau baru saja mula untuk menternak lebah, Encik Tam dilihat mempunyai keazaman yang tinggi untuk Berjaya di dalam bidang penternakan dan perniagaan madu lebah ini.
Muhammad Hazeeq Raeez Bin Mohd Hafidz - Pelajar Cemerlang IT
Muhammad Hazeeq Raeez Bin Mohd Hafidz merupakan pelajar tingkatan 2 yang bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusuf Linggi. Beliau dipilih kisah kejayaannya kerana peningkatan yang memberansangkan dalam penggunaan ICT. Beliau sering datang ke PI Linggi sama ada untuk sekadar melayari internet ataupun membuat kerja sekolah. Walaupun Hazeeq Raeez sudah tahu asas menggunakan komputer, tapi masih banyak yang beliau perlu pelajari.
Ini kerana untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Setelah menyertai pelbagai kelas yang dianjurkan di PI Linggi kemahiran ICT nya ternyata meningkat. Selain itu, Hazeeq Raeez juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai kelas tuisyen digital percuma E-Kelas yang ditaja oleh Maxis agar pencapaian akedemiknya tidak ketinggalan. E-Kelas ini adalah terbuka kepada pelajar sekolah dari darjah 6 hingga ke tingkatan 5 dan menawarkan tiga subjek utama iaitu Bahasa Inggeris. Matematik dan Sains.
Muhammad Mirzan Hakimie - Pelajar Cemerlang IT
Muhammad Mirzan Hakimie merupakan pelajar darjah 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Linggi.Beliau dipilih kisah kejayaannya kerana peningkatan yang memberansangkan dalam penggunaan ICT. Beliau yang tinggal bersama neneknya tidak mempunyai komputer di rumah, malah penggunaan komputer bagi beliau adalah terhad ketika belajar di sekolah sahaja. Pada mulanya beliau sekadar mengikut kawan-kawan yang datang ke Pusat Ekonomi Digital Linggi untuk melayari internet dan menonton youtube. Kemahirannya menggunakan komputer amat rendah ketika itu lalu staf PI Linggi mengajaknya menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan di PI. Beliau merupakan pelajar yang paling rajin hadir ke kelas-kelas ICT di PI Linggi bagi kategori pelajar sekolah rendah. Sering menjadi yang paling awal hadir dan rajin bertanya. Kemahirannya semakin meningkat dari sehari ke sehari dan sentiasa teruja dan seronok untuk belajar benda yang baharu.
En. Muhammad Faizal bin Bakri - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
En. Muhammad Faizal bin Bakri merupakan seorang peniaga yang menjual pakaian terpakai dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam di dalam bidang perniagaan. Bermula dengan menyertai Kursus Asas Penternakan Lebah anjuran Honey Fera Enterprise yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Linggi. Dari kursus itu, En. Faizal mula membeli koloni lebah, menternak dan menjual produk-produk yang berasaskan madu lebah seperti madu dan sarang lebah.
Beliau datang ke PI Linggi untuk belajar ICT dan Keusahawan seperti belajar berniaga melalui Instagram dan Facebook bagi memudahkan dan mengembangkan lagi perniagaannya.En Faizal masih lagi dalam proses untuk belajar berniaga dan masih banyak yang perlu dipelajari terutama dari segi pemasaran secara online dan promosi. PI Linggi sering menggalakkan agar usahawan beriklan di dalam group whatsapp PI & Komuniti Linggi sebagai salah satu langkah membantu mereka mempromosikan perniagaan dan seterusnya meningkatkan ekonomi keluarga.
Pn Rozinah bt Ahmad - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Pn Rozinah bt Ahmad, seorang anak jati Kampung Tampin Linggi, Negeri Sembilan. Beliau telah membuka kedai makan selama 15 tahun. Baru-baru ini dia telah membuat penjenamaan semula bagi kedainya dan meletakkan nama Warung Dayang Salai D’ Linggi dan menjual pelbagai jenis hidangan lauk makan tengahari berasaskan produk salai dengan citarasa masakan asli Negeri Sembilan. Bagi meluaskan pasaran dan pengiklanan, setelah mendapat galakan daripada anak-anak, beliau menggunakan media sosial untuk mempromosikan warung ini dan setelah itu ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
PI Linggi turut membantu dengan membuat video tentang warung ini dan menyiarkannya di dalam Facebook Menarik di Port Dickson. Selain itu juga, Puan Rozinah menggunakan pelbagai perkhidmatan di PI Linggi seperti membuat surat menyurat dan menaip quotation malah merekacipta design menu untuk kedainya. Tonton video Kisah Kejayaan Puan Rozinah – Usahawan PI Linggi di youtube
Mohamad Abdul Hadi - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Mohamad Abdul Hadi, seorang anak jati Kapar, Selangor, telah menjadi agen dropship bagi produk Madu Lebah Honey Fera. Beliau telah menjadi agen semenjak bulan Mei, tahun 2020 dan mendapat sambutan yang menggalakan. Selain mendapat bekalan madu lebah asli Honeyfera dari Pengurus PI Linggi yang juga pemilik Honeyfera Enterprise, beliau juga mendapat bimbingan usahawan seperti Teknik Pemasaran Online Di FB Dan Instagram.
Muhammad Adiff Ikram Bin Mohd Nasir - Pelajar Cemerlang IT
Muhammad Adiff Ikram Bin Mohd Nasir merupakan pelajar tingkatan 2 yang bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusuf Linggi. Beliau dipilih kisah kejayaannya kerana peningkatan yang memberansangkan dalam penggunaan ICT. Ibunya bekerja sebagai guru sekolah rendah, bapanya pula bekerja sendiri. Beliau sudah didedahkan dengan penggunaan komputer di rumah, namun Adiff hanya tahu perkara asas dalam menggunakan komputer sahaja seperti menaip dan melayari youtube.
Setelah menyertai pelbagai kelas yang dianjurkan di PI Linggi kemahiran ICT nya ternyata meningkat. Beliau semakin mahir menggunakan pelabagai perisian Microsoft Office seperti Words, Excel dan Powerpoint. Beliau juga sering berminat mempelajari rekaan grafik khususnya perisian yang agak mudah secara atas talian, seperti Canva, Crello dan sebagainya. Selain itu, Adiff Ikram juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai kelas tuisyen digital percuma E-Kelas yang ditaja oleh Maxis. Tuisyen E-Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam kalangan komuniti luar bandar dan bandar dengan memfokus kepada tiga mata pelajaran iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Muhammad Zulirfan Anaqi - Pelajar Cemerlang IT
Muhammad Zulirfan Anaqi adalah antara pelajar yang terawal mendaftar sebagai ahli PI Linggi ketika di awal pembukaan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada tahun 2014. Ibu dan bapanya yang menyedari kepentingan belajar ICT sering menghantar beliau untuk menghadiri kelas-kelas komputer yang dianjurkan. Ketika itu Zulirfan hanya pandai menggunakan Ms Word untuk menaip dokumen biasa sahaja.
Malah beliau ketika itu yang berumur 8 tahun tidak berapa pandai melayari internet lagi. Setelah 6 tahun menjadi ahli PI, banyak yang telah Zulirfan pelajari di PI Linggi. Beliau yang kini berusia 14 tahun sudah semakin mahir di dalam ICT. Selain itu beliau turut menyertai E-Kelas Maxis bagi mengambil peluang mendapat tuisyen digital percuma untuk membantu beliau belajar di dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Pn Norlia bt Abu Bakar - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Pn Norlia bt Abu Bakar, seorang anak jati Rembau, Negeri Sembilan, telah memulakan perniagaan sebagai jurusolek dan berpengalaman selama 1 tahun di dalam bidang ini. Beliau lebih dikenali sebagai Kak Lia, menyediakan perkhidmatan jurusolek bagi majlis-majlis perkahwinan, pertunangan dan juga majlis makan malam. Beliau pertama kali datang ke PI Linggi untuk menggunakan perkhidmatan komputer bagi membuka akaun Facebook Page untuk perniagaannya. Memandangkan beliau tidak mahir dalam ICT, beliau telah dibantu oleh staf PI Linggi untuk membuka akaun FB, menyiapkan bahan media seperti Gambar Kulit FB dan bahan media untuk pengiklanan dan pemasaran menggunakan canva.com.
Tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan selain latihan ICT dan keusahawanan percuma yang ada di PI Linggi, Puan Norlia semakin rajin datang ke PI Linggi untuk mendapatkan tunjuk ajar antaranya seperti Kelas Asas Microsoft Word, Pendaftaran SSM Online, Teknik Perniagaan di Instagram dan Facebook, Pengurusan Perbankan Internet, Permohonan Online Bantuan TUNS untuk Usahawan dan sebagainya. Kini Norlia semakin rancak mempromosikan perniagaan atas talian nya di FB dan Instagram memandangkan kemahiran ICT dan keusahawanan beliau sudah semakin baik. Perniagaannya semakin mendapat sambutan dan pendapat beliau juga turut meningkat. Tonton kisah beliau dengan klik disini
Mohd Ashraff Bin Zainuddin - Pelajar Cemerlang IT
Mohd Ashraff Bin Zainuddin ataupun dipanggil Ashraff baru saja habis menduduki peperiksaan SPM 2020 dan mendapat keputusan yang memberansangkan. Beliau adalah peserta eKelas semenjak eKelas mula diperkenalkan pada tahun 2016. Selain menghadiri kelas tuisyen dan kelas ICT di PIK Linggi, beliau juga sering menggunakan kemudahan yang ada terdapat di PIK untuk membuat ulangkaji pelajaran dan juga perbincangan berkumpulan. Di waktu PKP, Ashraff dan kawan-kawan nya hadir ke PIK Linggi hamper setiap hari bagi membuat persediaan sebelum mengambil peperiksaan.
Nurul Yasmeen Binti Farouk - Pelajar Cemerlang IT
Nurul Yasmeen Binti Farouk baru saja habis menduduki peperiksaan SPM 2020 dan mendapat keputusan yang memberansangkan. Beliau adalah peserta eKelas semenjak eKelas mula diperkenalkan pada tahun 2016. Selain menghadiri kelas tuisyen dan kelas ICT di PIK Linggi, beliau juga sering menggunakan kemudahan yang ada terdapat di PIK untuk membuat ulangkaji pelajaran dan juga perbincangan berkumpulan. Di waktu PKP, Ashraff dan kawan-kawan nya hadir ke PIK Linggi hampir setiap hari bagi membuat persediaan sebelum mengambil peperiksaan.
Muhammad Haiman Imran bin Anuwi - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Muhammad Haiman Imran bin Anuwi berasal daripada Besut, Terengganu dan kini menetap di Taman Linggi Maju, Linggi Negeri Sembilan. Beliau mengusahakan perniagaan “POPIS – Popia Pisang” di Pekan Linggi. Beliau mendapatkan khidmat PIK Linggi dari mula-mula ingin menubuhkan perniagaan seperti pendaftaran SSM, Percetakan, Promosi dan sebagainya.
Puan Warda Kamarudin - Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Puan Warda Kamarudin adalah seorang anak jati Linggi, Negeri Sembilan yang mengusahakan perniagaan Tauhu Begerdil Frozen. Produk beliau dibuat sendiri di rumah dan dibantu oleh anak perempuan beliau. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan terutamanya perniagaan secara online. Perniagaannya semakin mendapat sambutan dan pendapat beliau juga turut meningkat. Tonton kisah beliau di sini Video Puan Warda Kamarudin