Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Sungai Linggi
Memancing udang galah di Sungai Linggi
Sungai Linggi sangat terkenal dengan udang galah nya yang dikatakan sangat sedap dan manis, selain itu ia juga terkenal dengan 'penjaganya' iaitu sang buaya. Dipercayai mempunyai lebih 2,000 buaya tembaga dan buaya katak. Buaya terbesar yang pernah ditemui di sungai ini dikatakan sebesar sebuah van. Ada menawarkan khimat sewa bot, trip memancing udang galah, trip menyusuri sungai Linggi dan sungai Timun, pakej ini sesuai buat mereka yang gemarkan suasana sungai yang masih belum dicemari.
Gambar kompleks sejarah
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas terletak lebih kurang 2KM dari pekan Linggi atau 20KM dari Port Dickson.
Di dalam kompleks ini terletak sebuah makam tua serta sebatang nisan batu bersurat dan beberapa kepingan batu tua yang diukir bekas peninggalan orang zaman dahulu kala. Kubur lama ini juga dikenali sebagai Keramat Sungai Udang. Batunya adalah dari jenis batu Megalith atau 'batu hidup'. Batu hidup dikatakan boleh membesar.Di ini juga terdapat makam Sheikh Ahmad Majnun yang dikatakan seorang pendakwah di zaman sultan Mansur Shah Melaka (1459-1477). Pada catatan batu tanda, beliau dikatakan meninggal semasa berdakwah dan dimakamkan di sini.
MAKLUMAT LANJUT:
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson.
Tel: 06-647 1335