Karnival eKelas 2017
21 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Ahad, 20 Ogos 2017 – Bertempat di Komplek Kejiranan Presint 11 Putrajaya, Maxis telah mengadakan Karnival eKelas dan menjemput pelajar eKelas dari PI Wilayah Tengah serta ibu bapa mereka sebagai tetamu. Kira-kira 700 orang tetamu telah hadir dalam majlis yang disambut dengan sangat meriah ini.
Program Maxis eKelas adalah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Ianya menumpukan 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 sahaja. eKelas ini diadakan secara percuma di beberapa Pusat Ekonomi Digital yang terpilih di mana salah satu diantaranya ialah Pusat Ekonomi Digital Linggi.
Bagi memperkasakan lagi Program Maxis eKelas ini, Maxis telah menyediakan satu portal iaitu Portal eKelas, bagi memberikan murid ruang untuk mereka belajar secara kendiri, pada tahap kebolehan mereka dan juga belajar untuk berkolaborasi dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia.
Oleh itu, pada majlis ini juga, Maxis melancarkan Portal eKelas tersebut dan dirasmikan oleh Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Bin Raja Tun Uda, Pengerusi & Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maxis dan YB Dato ‘Muhammad Ali Hanafiah, Pengerusi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Selain itu, banyak lagi acara, permainan dan booth yang telah disediakan oleh Maxis buat tetamu-tetamu yang hadir antaranya permainan eSpot, Math Brainiac & Mind Games untuk pelajar, Booth Kraftangan Terrarium, Keychain Handmade, Origami untuk Ibu bapa dan banyak lagi. Majlis yang bermula dari jam 8.00 pagi ini tamat pada jam 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: