Program Cuti Sekolah – Hari Ketiga
30 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Selasa, 29 Ogos 2017 – Hari ketiga Program Cuti Sekolah di PI Linggi menyaksikan kedatangan seramai 6 orang peserta dari lingkungan umur 5-11 tahun.
Aktiviti pada hari ini ialah mengenal dan menaip abjad. Sebelum itu peserta perlu menyanyikan lagu ABC terlebih dahulu. Selepas itu, setiap peserta perlu mengetahui komponen utama untuk menaip seperti fungsi papan kekunci, menukar abjad huruf besar/huruf kecil, mewarnakan tulisan (font), dan sebagainya.
Bagi sesi mengenal angka dan permainan matematik atas talian, peserta perlu mengira angka 1-10 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap peserta akan bermain permainan di http://www.e-learningforkids.org/math/lesson/castle-in-the-clouds-numbers/
bagi menguji kefahaman mereka tentang nombor. Terdapat 3 modul di dalam permainan ini, antaranya 1. Cloudy Bucket (peserta perlu memasukkan awan ke dalam bakul mengikut warna yang ditetapkan), 2. Birds’ Nests (mengira jumlah burung di dalam sarang burung mengikut warna) & 3. Classroom Rows (mengira bilangan pelajar di dalam bilik darjah).
Diharap permainan-permainan berunsur ilmiah seperti ini dapat membantu peserta mengenal abjad dan angka dan meransang minda mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: