Penempatan & Pengagihan Barangan Asnaf
05 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Rabu, 4 Januari 2017 – PI Linggi telah bekerjasama dengan Pejabat ADUN dan masjid-masjid sekitar degan menjadikan PI sebagai penempatan sementara dan pusat pengagihan barangan keperluan asas bagi asnaf-asnaf yang tinggal di Mukim Linggi.
Sebanyak 250 kotak yang diterima dari pihak Baitulmal telah ditempatkan dan diagihkan kepada masjid-masjid untuk diedarkan. Tujuan kerjasama ini adalah untuk membantu proses penempatan di tempat yang dijamin selamat, memudahkan proses pengagihan dan menjalinkan hubungan rapat antara PI dan komuniti melalui kerja-kerja amal sebegini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: