Latihan Drama ‘Cabaran Gemilang eKelas’
23 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniSabtu, 22 Julai 2017 – Baru-baru ini, Maxis eKelas telah mengadakan satu aktiviti bagi pelajar-pelajar kelas Bahasa Inggeris yang diberi nama ‘Cabaran Gemilang eKelas’. Ianya adalah satu aktiviti menarik yang berkonsepkan drama menggunakan Bahasa Inggeris dan bertujuan untuk menajamkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping mengasah bakat para pelajar eKelas.
Oleh itu, Maxis telah menghantar 2 orang sukarelawan ke setiap PI yang terlibat untuk membantu Pengurus dan Penolong Pengurus melatih peserta untuk drama mereka. Peserta diajar cara menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul, tips melancarkan skrip dan lakonan. Latihan yang diadakan di Bilik Latihan PI Linggi ini bermula dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang.
PI Linggi telah mendaftarkan seramai 16 orang peserta yang mewakili 4 kumpulan. Kesemua mereka ini akan bertanding dengan peserta-peserta yang lain dari PI yang terlibat dengan eKelas di seluruh Malaysia. Kemuncak cabaran ini nanti ialah pada 5 Ogos 2017, di mana pelajar-pelajar akan mempersembahkan drama tersebut untuk diadili dan pemenang akan menerima hadiah yang sangat lumayan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: