Program Cinta Negara Peringkat Daerah Port Dickson 2017
09 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniAhad, 8 Oktober 2017 – PI Linggi telah menyertai Program Cinta Negara Peringkat Daerah Port Dickson 2017 yang bertempat di Perkampungan Orang Asli Kampung Pelebar Baru Port Dickson. Program yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara kita Malaysia ini telah dirasmikan oleh YB Dato’Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza (ADUN Linggi)
PI Linggi mendapat kerjasama dari Pejabat Penerangan Port Dickson dan JAKOA (Jabatan Kebajikan Orang Asli untuk membuka booth di majlis ini bersama dengan beberapa agensi lain seperti Politeknik Port Dickson, Agrobank, PDRM & JPJ. Lebih dari 100 orang telah datang mengunjungi Booth PI Linggi dan seramai 57 orang pula mendaftar diri untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan. Aktiviti yang memerlukan peserta mengunakan netbook 1Malaysia adalah seperti Pertandingan Silangkata Bertemakan Patriotik, Pertandingan Puzzle Jalur Gemilang, Pertandingan Melabel Jalur Gemilang.
Memandangkan kawasan perkampungan ini terletak jauh di pendalaman dan agak sukar mendapatkan talian internet, kami turut membuka kaunter untuk Semakan BR1M, SPR dan Pendaftaran Online Bantuan Musim Tengkujuh RISDA. Selain dari aktiviti pertandingan dan semakan atas talian, kami turut memberi sedikit taklimat dan mengedarkan risalah mengenai Kempen Klik Dengan Bijak dan eWaste. Kesempatan itu juga kami gunakan untuk memperkenalkan dan menjemput mereka datang ke PI Linggi. Booth yang dibuka seawal 8.00 pagi ini kami tutup pada pukul 2.00 petang dengan jayanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: