Kaji Selidik & Tinjauan Persepsi Terhadap PI dan Inklusi Digital Di kalangan Komuniti Terpinggir serta Warga Emas
07 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniJumaat, 6 Oktober 2017 – Sekumpulan penyelidik dari UiTM telah hadir ke PI Linggi untuk mengadakan penyelidikan dan tinjauan mengenai Persepsi Terhadap PI dan Inklusi Digital Di kalangan Komuniti Terpinggir serta Warga Emas. Seramai 50 orang pengunjung yang hadir di PI Linggi pada hari tersebut telah memberikan maklum balas mereka melalui borang tinjauan (survey form) yang diedarkan mengikut peringkat umur mereka. Kumpulan penyelidik ini diketuai oleh Professor Vani Gopala Iyer dan Cik Jalila Jaafar Sidek.
Penyelidikan ini diadakan adalah untuk mengetahui persepsi masyarakat setempat mengenai penubuhan PI Linggi merangkumi kemudahan peralatan dan hotspot yang disediakan, latihan yang diberi dan Kepenggunaan internet, teknologi media baru serta media sosial dikalangan komuniti termasuk warga emas. Hasil dari tinjauan ini nanti dapat membantu pihak pengurusan dan pembekal perkhidmatan mengkaji kekurangan dan membuat penambahbaikan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: