Program Pembudayaan ICT Komuniti Luar Bandar
13 November 2017 | Aktiviti Terkini12 November 2017 – Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat SUK Negeri Sembilan telah menaja satu program bagi membantu usahawan PI Linggi dalam membantu mereka menambah pendapatan melalui media sosial. Program yang diberi nama ‘Program Pembudayaan ICT Komuniti Luar Bandar’ ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu dari 11-12 November yang lalu dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Pada hari pertama program, seramai 8 orang peserta telah diajar Cara Membuat Email, Fungsi & Tetapan FB dan Cara Membuat Poster, Risalah, Kulit Muka FB yang menarik dan sesuai untuk perniagaan dengan menggunakan canva.com.
Selain itu, pada hari tersebut PI Linggi turut mendapat perhatian daripada pengunjung-pengunjung kerana kami membuka ruang untuk usahawan PI membuat jualan lansung. Antara usahawan yang terlibat ialah Eyna Beautilicious Rembau, Fyfa Hennaart Rembau dan Hafizah Ali MUA Linggi. Selain jualan produk kosmetik, perkhidmatan mekap dan lukis inai ini, turut dibuka ialah Kaunter PTPTN oleh Encik Mohd Fauzi Ramly dari PTPTN cawangan Tampin. Ramai yang telah hadir untuk membuat urusan PTPTN dan membuka akaun SSPN untuk anak-anak mereka.
Pada hari kedua program, peserta diajar mengenai FB Page, Whatsapp, Instagram, FB Live untuk perniagaan. Turut diselitkan adalah taklimat advokasi mengenai Cara-Cara Membuat Aduan Ke MCMC. Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja membantu usahawan-usahawan yang berdaftar dengan PI Linggi untuk mempromosikan barangan mereka, mendapat pelanggan dan keuntungan secara lansung malah turut mengajar mereka berniaga secara atas talian dan memanfaatkan media sosial dalam menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: