Penilaian eKelas Bahasa Inggeris (Bahagian 2/2017)
30 September 2017 | Aktiviti TerkiniJumaat, 29 September 2017 – Pada minggu ini, pelajar yang mengikuti tuisyen digital eKelas telah diberikan ujian bagi menilai tahap pencapaian mereka. Bentuk penilaian adalah mengikut subjek di mana pada hari ini penilaian subjek Bahasa Inggeris diberikan dalam bentuk penulisan.
Para pelajar diberikan masa selama 45 minit untuk menulis esei di dalam Bahasa Inggeris mengikut tajuk yang diberi oleh guru iaitu :
- Tingkatan 1 : Surprise Birthday Party
- Tingkatan 2 : Favourite TV Programme
- Tingkatan 3 : Unforgettable Moment
Penilaian ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi dari jam 3-6 petang dan dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: