Penilaian eKelas Math & Sains (Bahagian 2/2017)
01 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniSabtu, 30 September 2017 – Hari kedua penilaian eKelas 2/2017, hari ini pelajar dikehendaki mengambil penilaian bagi subjek matematik dan sains. Soalan penilaian kali ini adalah berbentuk objektif dan pelajar dikehendaki menjawab secara online melalui portal eKelas.com.my. Kelebihan menggunakan portal ekelas ini adalah ianya interaktif dan keputusan ujian dapat diperolehi serta merta sebaik pelajar selesai menjawab kesemua 40 soalan.
Ujian Matematik dan Sains ini diadakan dari jam 11 pagi hingga 6 petang dan dihadiri oleh 10 orang pelajar. Mr. Chong Kok Peng dari Maxis juga turut turun padang untuk membantu kami di PI Linggi memantau para pelajar ketika menghadapi penilaian tersebut. Setiap keputusan markah penilaian ini nanti akan dikira dalam bentuk point dan dikumpulkan bersama dengan pelbagai pertandingan yang telah diadakan. Pelajar yang mempunyai point tertinggi akan menerima ganjaran hebat yang bakal diberikan oleh Maxis pada akhir tahun nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: