Kaunter Kemaskini BR1M 2018
03 Disember 2017 | Aktiviti Terkini2 Disember 2017–Permohonan dan kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuktahun 2018 mula dibuka kepada rakyat Malaysia dari 27 November hingga ke 31 Disember 2017. Sempena dengan itu, PI Linggi mengambil inisiatif untuk membantu penduduk sekitar Linggi dengan membuka Kaunter Khas Kemaskini BR1M secara online. Ianya mendapat sambutan yang sangat baik sehingga hampir 100 orang yang datang pada minggu pertama sahaja.
Kaunter khas ini dibuka hanya pada hari Sabtu & Ahad setiap minggu dalam bulan Disember ini. Masa yang ditetapkan adalah bersamaan dengan waktu operasi PI iaitu dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Pemohon perlulah mengemukakan Kad Pengenalan mereka bagi tujuan pengemaskinian dan menyediakan dokumen berkaitan sekiranya ada perubahan seperti :
- Status perkahwinan
- Alamat surat menyurat dan e-mel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: