Kelas INTEL : Microsoft Word (Minggu 2)
13 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Ahad, 12 Februari 2017 – Pada minggu ini peserta masih lagi diajar mengenai Microsoft Word bagi memastikan mereka benar-benar mahir menggunakannya. Latihan yang diajar ialah ‘Cara Membuat Buku Skrap’.
Setiap pelajar diarah untuk membuat buku skrap dengan tajuk ‘Makanan Tradisi Masyarakat Melayu, Cina dan India’. Antar kelebihan yang terdapat di dalam aktiviti ini ialah, memahirkan peserta menggunakan ilustrasi yang terdapat di dalam Microsoft Words bagi menghasilkan buku skrap yang menarik dan padat dengan maklumat dan mengajar peserta mendapatkan maklumat dari Internet untuk dimasukkan ke dalam buku skrap, contohnya memuat turun gambar makanan dan susun atur ke dalam buku skrap. Selain itu, peserta dapat mengenali jenis-jenis makanan tradisi 3 bangsa utama yang terdapat di Malaysia.
Kelas yang diajar oleh Pengurus Puan Yusaini serta dibantu oleh Penolong Pengurus Puan Norhapidah ini telah dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Kelas bermula jam 10 pagi dan berakhir pada 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: