Program Advokasi e-Waste di SDASA
13 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 12 Mei 2017 – Satu aktiviti berbentuk advokasi bagi mendidik pelajar tentang e-Waste dan Klik Dengan Bijak telah dijalankan di Sekolah Menengah Dato Haji Abdul Samad, Port Dickson. PI Linggi melalui pengurusnya Puan Yusaini Md Yusof bersama-sama seorang wakil dari Maxis dan dua orang peserta yang menyertai program Sukarelawan ICT atau lebih dikenali dengan Malaysian ICT Volunteer (MIV) hadir ke sekolah tersebut untuk memberi pendedahan mengenai apa itu e-Waste, serta kepentingan dan tanggungjawab kita untuk mengamalkannya dalam memelihara alam sekitar.
Selain taklimat, beberapa barangan elektronik yang ingin dilupuskan juga berjaya dikumpul di dalam tong e-Waste yang disediakan oleh pihak MCMC. Acara soal jawab kuiz adalah yang paling digemari oleh pelajar yang hadir kerana sesiapa yang berjaya menjawab soalan yang diberi akan mendapat cenderahati yang turut disumbangkan oleh MCMC. Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini berakhir pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran seramai 124 orang pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: