Taklimat e-Waste
22 April 2017 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 21 April 2017 – Bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengitar semula, PI Linggi telah mengadakan satu program advokasi iaitu memberi taklimat kepada pelajar-pelajar mengenai e-Waste (e-Sisa). Program ringkas ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 4 petang.
Seramai 38 orang pelajar telah hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan Siti Noraini Abd Rahman iaitu wakil dari Maxis, Bahagian Kawal Selia.
Antara isi kandungan taklimatnya ialah Kepentingan mengitar semula dan Jenis-jenis perkakasan elektronik yang boleh di kitar semula.
PI Linggi juga turut menyediakan tong kitar semula untuk kemudahan orang ramai meletakkan perkakasan yang ingin mereka lupuskan. Sebagai sokongan kepada program ini, beberapa orang pelajar turut membawa bersama e-Sisa mereka dari rumah untuk diserahkan. PI Linggi turut memberi beberapa barangan cenderahati kepada mana-mana pelajar yang telah meletakkan e-Sisa mereka ke dalam tong sebagai tanda terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: