Karnival Sebenarnya.my
11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
10 Februari 2018 – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC) telah menganjurkan Karnival Sebenarnya.my di perkarangan Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson pada 10 Februari 2018 yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran serta hebahan kepada masyarakat tentang bahayanya fitnah serta berita palsu yg disebarkan di media sosial. Oleh sebab itu, MCMC telah mewujudkan satu portal rasmi yg diberi nama sebenarnya.my utk memudahkan org ramai menyelidik serta menentusahkan sesuatu berita yg diterima.
Pengurus PI Linggi turut terlibat dalam Karnival Jelajah Sebenarnya.my Port Dickson tersebut, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Zumba, Fun Games, Pameran Agensi Kerajaan & Swasta, Pusat Ekonomi Digital & Telco, SKMM, Hirok Pikok Negeri.fm dan nyanyian dari buskers jemputan. Acara kemuncak karnival ini adalah Forum ‘BERITA PALSU MUSUH NEGARA’ bersama selebriti jemputan Ustaz Safwan Idris, Anuar Ali dan Hj Sabarudin Yeop Hamza (Pengarah Penerangan Negeri Sembilan) sebagai moderator. Turut diadakan juga adalah acara cabutan bertuah 10 unit TV LED 32", Hamper dan IT gadget.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: