Program ICT Ibu & Anak (Minggu 2)
13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
12 Ogos 2018 – Seperti yang telah dijadulakan, setiap hari Ahad sepanjang bulan Ogos ini dari jam 10 pagi hingga ke jam 1 tengahari, PI Linggi akan mengadakan program yang diberi nama Program ICT Ibu & Anak yang bertujuan untuk menarik golongan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk datang belajar tanpa perlu risau memikirkan anak-anak mereka, kerana pada masa yang sama anak mereka akan turut belajar melalui modul lain yang bersesuian dengan kanak-kanak.
Seperti minggu yang lepas, kaum ibu diajar oleh Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yusaini Binti Md Yusof dan anak-anak diajar oleh Penolong Pengurus iaitu Puan Norhapidah Mokhtar. Tetapi kali ini kelas diadakan secara berasingan memandangkan jumlah kedatangan yang agak memberansangkan.
Kelas untuk kaum ibu dibuat di dalam bilik latihan dimana mereka diajar mengenai Advokasi iaitu Perisian Kawalan Ibu Bapa di Internet (Parental Control) dan jenis-jenis aplikasi web filter yang mudah didapati secara percuma di internet dan sesuai digunakan untuk memantau penggunaan internet di kalangan kanak-kanak. Seterusnya ibu-ibu diajar untuk lebih mengenali laman web youtube dan memanfaatkannya seperti mempelajari cara membuat kraftangan berpandukan video tutorial yang banyak terdapat di youtube.
Bagi anak-anak pula, kelas mereka diadakan di kawasan surfing area di PI Linggi. Selama 1 jam mereka belajar mengenali abjad dan nombor menggunakan laman web e-learning abcya.com. Pada 2 jam yang berikutnya pula mereka diajar menggunakan shape (bentuk) di powerpoint untuk menghasilkan gambar yang menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: