Cabaran Gemilang eKelas 2018 – Siri 1
04 Mac 2018 | Aktiviti Terkini03 Mac 2018 – Bertempat di Pusat Ekonomi Digital Linggi, Maxis eKelas telah mengadakan satu sesi penilaian yang diberi nama Cabaran Gemilang eKelas 2018-Siri 1 pada hari Jumaat dan Sabtu (2 & 3 Mac 2018). Penilaian ini adalah sangat penting kerana melalui penilaian inilah tahap pengetahuan pelajar-pelajar eKelas pada dapat diketahui. Secara tidak lansung ianya juga akan dapat memberi maklum balas kepada cikgu-cikgu tentang keberkesanan teknik pengajaran mereka. Maxis akan sentiasa mencari jalan untuk membuat penambahbaikan agar prestasi pelajar-pelajar terus meningkat.
Mekanisme Cabaran eKelas 2018 (Siri 1) ini ialah pelajar perlu menjawab soalan-soalan melalui ujian yang dipaparkan di dalam portal ekelas.com.my iaitu menulis esei bagi subjek Bahasa Inggeris dan soalan objektif bagi Sains dan Matematik. Setiap pelajar yang mengambil bahagian di dalam cabaran ini, mata ganjaran akan diberikan kepada akaun individu mereka, di mana mata-mata ganjaran yang dikumpul ini akan dapat membantu mereka mendapat hadiah di setiap akhir penggal pembelajaran eKelas, menempah tempat ke kem cuti sekolah pada hujung tahun dan juga sebagai bantuan mereka memohon Geran Pelajar eKelas bernilai RM1000, juga pada hujung tahun ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: