Program Usahawan Muda 2
23 April 2018 | Aktiviti Terkini22 April 2018 – Pada Mac yang lalu, PI Linggi telah mengadakan Program Usahawan Muda yang terbuka kepada pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah tentang cara mencari pendapatan sampingan melalui hobi dan kreativiti. Di dalam siri program yang pertama tersebut, peserta diajar cara membuat ‘Chocolate Bouquets’ yang amat popular untuk dijadikan sebagai hadiah.
Kesinambungan daripada itu, PI Linggi telah mengadakan Program Usahawan Muda Siri 2 pada 22 April 2018 yang lalu, bagi mengajar peserta tentang cara membuat ‘Waterfall Card’ Kad ini nanti sesuai dihadiahkan kepada guru sempena Hari Guru atau boleh juga untuk sambutan yang lainnya. Jika peserta kreatif dan hasilnya cantik, mereka mampu mendapat duit poket dengan menjual hasil kreativiti mereka ini.
Seramai 10 orang peserta menyertai Program Usahawan Muda 2 ini yang telah diadakan di Bilik Latihan PI Linggi dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Tenaga pengajarnya ialah pengurus dan penolong pengurus PI Linggi sendiri iaitu Puan Yusaini dan Puan Norhapidah. Antara yang mereka pelajari melalui program ini ialah, cara-cara membuat waterfall card melalui youtube, mencari gambar hiasan/ dekorasi yang menarik di google search, menaip ucapan dan merekabentuk muka depan kad.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: