Program Usahawan Muda
18 Mac 2018 | Aktiviti Terkini17 Mac 2018 – Pada 17 Mac 2018 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan aktiviti yang diberi nama Program Usahawan Muda. Ianya adalah terbuka kepada peserta yang berumur 12 tahun dan ke atas. Antara objektif program ini ialah, mendedahkan mereka tentang keusahawanan, memberi latihan ICT, mencungkil kreativiti dan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.
Program ini bermula seawal dari jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh seramai 18 orang peserta. Peserta ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mendapat kotak misteri yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat hamper coklat. Peserta perlu menggunakan kemahiran ICT untuk menyiapkan kertas kerja perniagaan, membuat logo dan mencari contoh dan cara-cara membuat hamper.
Kemudian menggunakan kreativiti untuk meyiapkan hamper yang cantik dan boleh menarik minat pembeli. Hmper yang telah siap akan diiklankan di FB masing-masing serta FB Page PI Linggi. Di akhir kelas setiap kumpulan akan membentangkan kertas kerja bersama sama produk mereka. Kumpulan dan peserta terbaik dipilih berdasarkan hasil produk, kemahiran berkomunikasi, logo yang menarik dan sebagainya.
Tenaga pengajar bagi program ini adalah Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yusaini Md Yusof dan Penolong Pengurus Puan Norhapidah Binti Mokhtar. Sebagai penutup, pelajar diterangkan mengenai manfaat yang dapat diperolehi melalui program ini. Antaranya ialah, mereka boleh mencari duit poket dengan membuat hamper-hamper kecil untuk dijual ketika program di sekolah, seperti Hari Guru, Hari Sukan Sekolah dan sebagainya. Kelas tamat pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: