Program Kembali Ke Sekolah 2019 (Bahagian 2)

12 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

11 Januari 2019 – Memandangkan sambutan yang hangat bagi Program Kembali Ke Sekolah pada minggu lepas maka kami telah mengadakan sekali lagi Program Kembali Ke Sekolah untuk bahagian kedua pada minggu ini. Kelas diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi dan dihadiri oleh seramai 9 orang peserta.

Pengisian program adalah sama seperti yang pertama iaitu Membuat Pelekat Nama (Excel), Tutorial Cara Membalut Buku dan Membuat & Menghias Buku Catatan (Words).

Peserta diajar menggunakan Excel untuk menulis nama mereka, dan seterusnya di cetak di atas kertas sticker untuk ditampal pada buku, alat tulis dan sebagainya. Kemudian, dengan menggunakan words peserta di ajar membuat muka depan buku catatan yang dihias cantic menggunakan gambar dan tulisan untuk digunakan di sekolah.

Program yang bermula pada jam 3 petang ini tamat pada jam 6 petang.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali