Kelas Usahawan & Penjagaan Diri Mary Kay

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

19 Julai 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah bekerjasama dengan wakil Mary Kay mengadakan bengkel Usahawan dan Kecantikan bersama Produk Mary Kay yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 19 Julai 2019. Seramai 5 orang peserta yang merupakan kaum wanita di sekitar Kampung Linggi telah menyertai kelas ini yang bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengajak kaum wanita terutamanya surirumah untuk menjadi usahawan produk kecantikan melalui peluang perniagaan yang diberikan oleh syarikat Mary Kay.

Antara pengisian aktiviti adalah, sesi penjagaan kulit muka menggunakan produk Mary Kay, perkongsian teknik menggunakan skincare dengan betul, tutorial mekap simple dan cara mempromosikan produk tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali