Kelas Asas Komputer Dan Elearning Abcya.Com

30 November 2019 | Aktiviti Terkini

29 November 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Asas Pengenalan Komputer dan eLearning Abcya.com yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 29 November 2019. Seramai 6 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah mengenai komputer dan cara-cara menggunakannya dan juga pembelajaran digital menggunakan aplikasi abcya.com kerana ianya berbentuk permainan yang boleh menarik minat dikalangan pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pengenalan kepada komputer, perkakasan asas komputer dan pembelajaran eLearning seperti permainan mengeja menggunakan huruf-huruf yang diberikan dan permainan matematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali