Advocacy Explorace
10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini9 Februari 2019 – PI Linggi telah mengadakan satu program untuk pelajar-pelajar sekolah yang diberi nama Advocacy Explorace dan diadakan selama 4 jam dari pukul 9 pagi hingga lah ke pukul 1 tengahari. Program ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan misi kempen Klik Dengan Bijak iaitu mendidik masyarakat supaya menjadi warga digital yang berliterasi dan bertanggungjawab serta menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.
Seramai 20 orang peserta terlibat dalam program ini, di mana kesemua mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan melengkapkan eksplorasi mereka dengan melakukan tugasan dan permainan di dalam 4 checkpoint yang berbeza. Mereka dikehendaki untuk berkerjasama mengumpulkan markah tertinggi untuk menjadi pemenang.
Checkpoint 1 : Typing & Radio Rosak
Peserta dikehendaki menaip karangan mengenai portal sebenarnya.my dan bermain permainan radio rosak yang memberi pengajaran tentang kepentingan memberi maklumat yang tepat.
Checkpoint 2 : Puzzle Berita sahih atau palsu & Keselamatan di internet
Peserta perlu melengkapkan 3 jenis suai padan gambar berbentuk powerpoint bagi mendapatkan jawapan.
Checkpoint 3 : Kuiz Kahoot Online
Berlumba mengumpul markah tertinggi dengan menjawab soalan secara pantas mengenai Klik Dengan Bijak.
Checkpoint 4 : Permainan suai padan
Peserta diberikan kad-kad yang mengandungi situasi tentang apa yang boleh dan tidak boleh dikongsi di media sosial dan mereka perlu menyuai-padankan ia dengan ‘tindakan’ yang perlu mereka lakukan.
Proram ini disudahi dengan acara penyampaian hadiah kepada kesemua peserta yang terlibat sedikit jamuan hidangan makan tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: