Bantuan Sara Hidup dan Sistem Pendaftaran Sekolah

15 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

14 Mac 2019 – Bulan ini boleh dikatakan bulan yang agak sibuk bagi Pusat Ekonomi Digital Linggi memandangkan ramai yang datang untuk mendaftar atau membuat kemaskini online bagi Bantuan Sara Hidup 2019. Untuk makluman, tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini BSH 2019 adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Setiap tahun, PI Linggi menjadi pusat tumpuan utama bagi penduduk di Mukim Linggi untuk membuat urusan mengenai BSH atau dulu dikenali sebagai BR1M. Mereka lebih selesa membuat kemaskini di PI Linggi atas faktor jarak yang dekat, selesa dan tidak perlu beratur panjang. Jika tidak, mereka perlu berurusan di pejabat LHDN yang terletak agak jauh iaitu di Seremban atau pun Port Dickson.

Selain itu, kami juga banyak menerima kunjungan dari ibu bapa yang ingin membuat Pendaftaran Tahun 1 Ambilan 2020/2021 melalui laman web Sistem Pengurusan Sekolah (https://public.moe.gov.my) dan ePra Sekolah Ambilan 2020 (https://eprasekolah.moe.gov.my) yang dibuka di dalam talian bermula 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019.

PI Linggi amat berbesar hati dapat memberikan khidmat komuniti seperti ini demi mempermudahkan urusan orang ramai dan semua tunjuk ajar serta bantuan yang diberikan adalah ikhlas dan percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali