PI Linggi_Live Tutorial eKelas Minggu Pertama April 2019
6 April 2019 | Aktiviti Terkini6 April 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu pertama bulan April mencatatkan seramai 61 kehadiran bagi 10 jam pembelajaran bagi kedua-dua hari Jumaat dan Sabtu. Pada hari Jumaat 5 April 2019, di dalam subjek Bahasa Inggeris kesemua peserta dari Darjah 6 hingga Tingkatan 5 diajar tentang Choosing your roles or characters intonation practices sebagai persediaan bagi Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Cabaran Gemilang eKelas.
Pada hari Sabtu 6 April 2019 pula, bagi subjek Sains dan Matematik, selama 1 jam 20 minit ini peserta diajar mengenai topik-topik tertentu beserta dengan aktiviti eksperimen. Topik-topik yang telah diajar pada hari tersebut ialah :
Kelas | Sains | Matematik |
---|---|---|
Darjah 6 | Daya | Masa & Waktu |
Tingkatan 1 | Jirim | Faktor & Gandaan |
Tingkatan 2 | Nutrisi, Sistem pencernaan manusia. | Poligon |
Tingkatan 3 | Pergerakan & pertukaran gas di dalam badan manusia. | Nisbah dan Trigonometri |
Tingkatan 4 & 5 | Keturunan & variasi – Gen, DNA & Kromosom | Asas Trigonometri |
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: