PI Linggi_Live Tutorial eKelas Minggu Kedua April 2019

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

13 April 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu kedua bulan April mencatat 46 kehadiran bagi 10 jam pembelajaran bagi kedua-dua hari Jumaat dan Sabtu. Pada hari Jumaat 12 April 2019, di dalam subjek Bahasa Inggeris kesemua peserta dari Darjah 6 hingga Tingkatan 5 diajar tentang full script read-through & characterization sebagai persediaan bagi Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Cabaran Gemilang eKelas.

Pada hari Sabtu 13 April 2019 pula, bagi subjek Sains dan Matematik, selama 1 jam 20 minit ini peserta diajar mengenai topik-topik tertentu beserta dengan aktiviti eksperimen. Topik-topik yang telah diajar pada hari tersebut ialah :

Kelas Sains Matematik
Darjah 6 Fasa-fasa Bulan Ruang – Bentuk Tiga Dimensi
Tingkatan 1 Jadual Berkala – Pengelasan Unsur Aplikasi Garis dan Sudut serta Poligon Asas
Tingkatan 2 Air dan Larutan. Aplikasi Skala  dan Bentuk Poligon
Tingkatan 3 Respirasi – Sistem Respirasi Manusia. Aplikasi Poligometri
Tingkatan 4 & 5 Jirim dan Bahan – Sifat Logam & Bukan Logam Asas Trigonometri

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali