Kelas Power Point – Karakter Kartun

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

14 April 2019 – Pada tarikh ini, PI Linggi telah mengadakan Kelas Powerpoint-Karakter Kartun yang diajar oleh Penolong Pengurus iaitu Puan Norhapidah. Ianya dihadiri oleh seramai 7 orang peserta. Kelas bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Peserta telah diajar cara mereka bentuk karakter kartun hanya dengan menggunakan shape ataupun bentuk-bentuk yang terdapat di dalam powerpoint.

Apa yang ditekankan ketika membuat kartun ini ialah penggunaan Ctrl Z+V, Drawing Tools terutamanya Merge Shapes (Union /Combine/Fragment/Intersect/Subtract)dan Group. Pelajar dilihat amat seronok dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan hasil kartun masing-masing. Sehinggakan kelas sunyi kerana terlalu khusyuk. Selain itu, peserta turut diberi sedikit taklimat advokasi mengenai Oversharing & Penyebaran Maklumat Palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali